My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Merempuh satu perjalanan yang jauh.. akhirnya tiba juga kami di Pulau Pinang. Letih segala urat2 di tubuh.. rasa serik pon ada.

Kami dari Kuala Terengganu melalui Kelantan seterusnya Grik untuk sampai ke PP. Bertolak jam 11.30 pagi dan tiba Jambatan PP jam 6.20 petang.. kiralah sendiri berapa jam perjalanan itu. Itu dah termasuk berhenti makan dan solat 3x.

Kami memilih untuk masuk ke PP dengan melalui Jambatan PP. Dengan tol RM7.00 sebiji kereta dan sekali masuk. Nanti keluar xyah bayar apa2 dah. Seronoknya masa berada atas jambatan tu.. nak2 bila sampai di bahagian tengah nya. Seronok bukan apa.. sbb dulu datang tahun 1996. Rombongan sekolah darjah enam. Sekarang dapat datang lagi bersama keluarga. Anak2 juga untung.. kecik2 dah sampai.

Kami menginap di Homestay. Jangan tanya di mana. Semua anak saudara dah uruskan.. jadi x alert sangat pasal nama kawasan dan sebagainya. + lagi dia belanja untuk 2 hari penginapan.. TQ INA.. lain kali belanja la lagi.....hehe

PP bg aku dah jauh berbeza dgn 17 tahun dulu. Sangat membangun. Rasa macam duk d KL pon ye. Kalau tidak kerana mu wahai GPS.. harusla kami makan buah langsat.

Tujuan utama ke PP adalah untuk menemani anak saudara pada hari KONVO nya di USM Pulau Pinang pada 20hb Sept 2013. Selain itu, kami berjalan2 la. kami konvoi dua bijik ALZA.

X melepaskan peluang untuk naik ke bukit bendera. Dulu aku naik, keretapi nya model lama
tetapi sekarang tidak lagi. Keretapi dulu lembab giler.. nk sampai atas makan masa. Yg baru ni.. sekelip mata je.. tp idak la laju bebenor.. blh la menikmati pemandangan d atas.

17tahun.. tidak banyak berubah.Cume ada beberapa penambahan la. Contoh.. ada cafe (makanan dia sedap2.. ABC dia SUPERB) .. ada kemudahan buggy ride.. satu trip RM30.. ada pemandu yang akan bawa round2 kat Bukit Bendera tu sambil cerita sejarah2nya. Oh ya.. teropong kat atas tu kena bayar RM1.00 baru boleh guna utk tgk pemandangan. Dulu FREE je.. hehe

Jom Layan gambar

 Tengok keretapi dah sampai. Siap ada penjaga dia. Boleh tahan garang mukanya!
Kanan & lelaki di bawah tu anak saudara. Tudung awning pink tu kakak ipar kesayangan
 Us dalam keretapi. Excited!
 Ala... senget plak
Terowonggg
 x salah aku.. atas tu station kedua
dia x stop.. terus je.Lepas station kedua ni.. keretapi laju sket dari masa kat bawah tu
 Teropong
Bayo singgit boleh la tgk pemandangan beberapa minit
 Kami anak beranak.. gambo plak senget

 Kueytiaw; sedappp
 ABC Special ni pon sedappppp
harga RM6.00 kalau x salah

Lepas tu kami jalan2 ke Batu Feringgi
Aku tgk biasa je.. tp anak saudara cakap.. patut kena stop kat satu station lagi. situ meriah. Berhenti kat sini sbb hari dah makin gelap. Apa pon, pantai tetap pantai la kan. Indah dalam ciptaan nya tersendiri. x mandi pon.. cicah2 kaki je. janji dah sampai 
BATU FERINGGI

 Rafeeq 11 Bulan

 Budak Comei

 Bergambar Kenangan

Ini plak gambar masa di USM PP





Bergambar di dalam FERI sebelum balik
sekejap je pon naik Feri ni x puas rasanya.
anak2 pon suke tgk air





 huhu.. sungguh penat.

nanti nak p Langkawi plak
tp rasa nak naik keretapi..encik suami x sanggup bawak kereta
jauh woooo "ibu xpe.. duk sebelah je" katanyaaaaa

uiii igt duk sebelah x penat ke cik suami???
 hahaha

ok see u then

Monday, June 10, 2013

Homestay di Melaka

a few weeks ago..

aku ke Melaka bersama kaum keluarga bagi menghantar anak saudara untuk mendaftar ke Kolej Matrikulasi Melaka di Masjid Tanah

Oleh kerana jumlah kami yang ramai iaitu 7 dewasa dan 4 kanak-kanak. Jadi aku mencari homestay yang sesuai. 2 kali pergi Melaka.. duk di 2 homestay yang berlainan. Kali ni nk try duk area lain plak. Walaupun jaraknye jauh sket dari town tp don't worry la.. Melaka ni kecil je. aku rasa x jauh pon.

ni website nya santaihomestay. Actly, dalam blog ni gambar homestay nya lain. Tapi bila sampai sana homestay nya lain. tp masih di sekitar Bukit Katil. Aku tanya pada akk tu, kenapa homestay ni x sama dgn yg dalam website tu. Katanya santaihomestay ada banyak rumah which aku rasa cam sub2 gitu.. satu nama tapi ada sub2 homestay di bawahnye. By the way, aku berpuas hati dgn homestay tu.. sangat berpuas hati. Kebersihan, suasana, kemudahan semua tip top.

Tapi aku rasa, santaihomestay kena masukkan pic setiap rumah. wat kategori2 so tetamu xkan rasa tertipu. sbb kita dah tgk betul2 sebelum sampai sana kan.

apa pon, aku bg 5star pada homestay ni. Harga pada masa itu adalah RM180 yang mana bg aku ok la sbb harga cuti sek tu. + plak semua bilik ada aircond.

ok.. jom tgk keadaan dalam rumah.

 ruang tamu sangat luas
seronok bebudak tu lari sana sini
 Ini bilik utama, ada bilik air kat dalam
ada kemudahan almari, meja solek, kain sembahyang dan sejadah

 ini bilik kedua
bilik ke-3 x sempat nak snap pic sbb tuannye dah baring2 kepenatan

 dapur basah
kecil tapi semua kelengkapan ada
peti ais, rice cooker, cerek lengkap
dapur ni ada 2 bahagian tp satu bahagian lagi aku lupe nk snap pic
kat situ ada tempat memasak, mesin basuh dan tempat jemur kain

Tuan homestay ni juga ada bagi voucher
Melaka river cruise, Menara Taming Sari, Melaka Duck Tour dan Melaka Wildlife Theathre
boleh la jalan2 n dpt diskaun lagi

so far, recomend la korang utk booking sini kalau nk datang melaka yek

tata

 

Friday, May 17, 2013

Hutan Lipur Beserah

Actly, aku dibesarkan di sebuah perkampungan yang terletak di Beserah. Aku menetap di sana dari sebesar jagung (jagung ke?) sehingga darjah 6. Lama x? lama la kan... almost 12years.

Tapi.. kenapa aku x pernah tau ada HLB ni ek? Hairan betul. Aku tau di kala umurku 29tahun! dan bawak anak2 datang mandi.. zaman kecit cinonet dulu x pernah plak terjun2 kat sini


bunga,  ko tau?


aku dapat 2 pic atas ni ehsan dari google.tuan blog ni pon pernah sampai.Dari pengamatan aku ke atas blog akk ni.. tempat ni cantik. Tapi kenapa aku pergi tempat ni x cantik ek? 

huhu.. semak sekali.. tandas jgn citer aar hancing nye.. (cess! pantang tol)

tapi anak3 dgn pak n mak sedaranya dah excited. xpeduli dah suasana sekeliling.. cabut baju terus terjun. Ajak makan pon x mau. dia ada 2 kolam. Dalamnye ada pasir. Air dia bapak segala sejuk. Aku ada nmpk signboard GUA .. tp keadaan jalan nak ke GUA tu mmg x sesuai langsung utk dilalui.. konfem pacat penuh.

aku tanya ayah aku "papa, selama ni along x pernah tau pon ada hutan lipur ni. Xpernah bawak pon.dekat giler dari rumah..huhu" dia bantai gelak je

Hutan Lipur tentulah ada air terjun kan.. tp entah! xde pon. kena naik atas lagi kut.. kena redah hutan semak samun tu huhu.. Tapi dia punya air.. serius punya sejuk ;)

 ni pemandangan dari seberang sini.. gambar dari gugel. dalam pic atas ni..cantik je terang je. tapi time aku pergi tu.. mak aii.. semak samun.. pemandangan seperti gambar di atas ni.. gelap sbb keadaan semak tu
 Baju merah adalah Siti Fatimah. Adik tiri ku ini dah darjah 2. Baru darjah 2 dah ada anak sedara 3 orang..anak sedara plak darjah satu.. esok besar saing la mu dua orang ye. Aku umue 29tahun xde anak saudara lagi (belah aku lah).. adik aku bersalin Okt ni.. InsyaALLAh.. hah itulah anak sedara pertama.. wah.. x sabar nak tgk anak sedara sendri ni.Anak sedara sebelah suami aku ramai.. 29 orang dah hehe
 Rafeeq kalau rendam dalam air.. x nanges langsung. Kita bimbang dia kesejukan. Tapi dia relax je.
Budak lelaki x pakai baju kat belakang tu.. adik tiri sulong.. Darjah 4.. Muhammad Arif Iman.. Notty boy ;)
 Geram dgn si comel ni
Rafeeq dengan abah

xde plak gambar kakak dalam nih. Ooo.. baru igt. dia merajuk.. ptt xde gambar dia. Biasalah anak dara tu .. xleh tersalah sket.. MERAJUK.. TARIK MUKA..

Cuti sek ni nak turun Melaka. Cari hutan lipur la.. leh mandi2 hehe. Dulu singgah Hutan Lipur Gunung Ledang.. Best giler!

 

Wednesday, January 30, 2013

Jom jalan-jalan

Las kami sekeluarga makan angin adalah masa kandungan ku berusia 5 bulan.Masa tu g Melaka. Sejak itu aku tidak ke mana2 kerana keadaan kesiahatan yang tidak mengizinkan.

Tapi sekarang ni.. kemain berkobar2 nak g jalan.. Sejak dari habis pantang lagi..konon nak g sana sini.. kononnyaaa.. alih2 duk umah je 3 bulan sbb Muhammad Rafeeq asik menangeh

Tahun ni .. 


   Tahun Melawat Terengganu kan? tapi aku dah selalu sangat balik terengganu.. xdok feel la. walhal.. banyak g tmpt aku x g. nnt aku share tempat2 menarik d terengganu yek.

Aku rasa nak p


 Kuat sangat perasaan nak g sini.. tp bila pikir anak kecik.. duk lama2 dalam kete.. aduhai.. pastu plak jenis menanges2.. ssh kl nak berjalan.. tgk la gane.. tgh pertimbangkan

suami ku plak ajak g sini.. x puas2 berjalan katanya.. ada lagi tempat2 x pergi.

ok!.. cari date sesuai.. n nak pergi mana.. pastu.. jom jalan2.. jeles tgk seme org jalan2 dgn family ;)

Thursday, March 1, 2012

bestnya kalau dapat jalan2 kat tg malim

Ralik sungguh aku membaca setiap omelan sahabat lama ku ini berkenaan
Tanjung Malim
Rasa cam satu hari nnt, kena g sana la.. jalan2

untuk dptkan info lebih jelas klik link di bawak

Monday, December 6, 2010

mood jalan-jalan

banyak aktiviti yang akan kami lakukan sepanjang cuti di hari minggu
maklumlah.. memasing sebuk bekerja so di kelapangan yg ada
kitaorg akan spend time together-gether
last two weekend kitaorg bgn pagi2 buta dan bertolak dari rumah jam 7 pagi
semata-mata nak p pasar tani kat pekan yg org duk gebang-gebang
macam2 ada.. seme murah
dah lama dgr pasal pasar ni.. tp baru hari tu la.. kami sampai
wlwpon bnyk brg dijual dgn harga murah2
dan banyak pilihan
kitaorg hanya tgk2 saje..sbb xde kesempatan nak memilih
duk kejar anak sana sini ada lah...
tensi tensi..!!
tp dari pemerhatian aku.. tudung adalah sgt banyak dan dilambaks begitu saja
kalau nasib baik jumpalah yg cantik berharga RM5

selain itu, kitaorg akan spend weekend kat Taman Bandar
jogging wei.. kasi berpeluh sket
apa pasal muka aku cenggitu?
buruks!!
candid oleh my dear hubby
acad pon nak jogging sama ocay!!

lepas penat jogging, singgah plak ktn parade
entah la apa ada kat sana aku pon x tahu
tp anak2 suke la.. sesekali bawak dorang jalan2 kan
suke sebab???
  tgk la tu..
letak coin RM2
dia kaan goyang2.. n kuar music
suke la 2 beradik ni
 pastu adik layan abah main game plak..
ni hobi abah suatu masa dulu ( masa bujang)
skrg ni xde la dia nak ajak ke pusat game ni
dah ada PS2, PS3, PSP entah apa2 lagi kat umah tu
agak2 uolls sape menang?
hiks..hiks
kakak pon main game jugak
 cepat kakak.. cepat..!!!
 penyokong setia disisi ;)
inilah yg paling abah suke
anak2 duk main..dia duk kat kerusi urut ni
RM1 untuk 3 minit..
kitaorg main game.. dia duk sini berjam2 pon xpe
aku igt nak cari la kusi ni letak kat umah
sape dtg umah nak kena urut.. letak singgit
leh wat bayo bulan2.. kah kah kah...!!!
 
sayonara; ada berani dtg umah gua?

Thursday, October 28, 2010

Ketapang Beach

aku adalah pencinta alam semulajadi..chewah ayat. tp serius la..aku mmg suke p pantai, waterfall. berkelah dgn family bawak bekal nasi lemak, bawak tikar, bawak pelampung, tp sejak kahwin ni..aktiviti ni adalah berkurangan kerana suami aku x suke bawak anak p tempat2 macam tu.katanya x berapa elok dan bahaya.aduhai.. suami ku. istri mu ini udah kepingin benar nak berkelah di tepi pantai.. sambil dgr bunyi angin yang menderu dan ombak yg menghempas pantai..hrm.. lapang je dada ni bile melihat ciptaanNya yang MAHA INDAH itu.

melalut dah aku ni..hrm balik tganu masa hntr mak mertua aku p Mekah, aku berpeluang melepaskan kepingin aku itu..huhu

lepas je mak masuk balai berlepas, kakak ipo ajak p pantai ketapang. belakang epot tganu tu je. hrm citer pasal epot..aku tergamam tgk epot tganu tu.kalah la epot sultan ahmad shah, ktn ni. mmg besar dan canggih. kapal terbang tu pon bawak mak mertua aku terus ke Madinah. xperlu transit KL dah.

 ini adalah hasil garapan semasa di epot
aku nak marah betul dgn org yang jual belon2 ni
habis seme budak menangis dan meraung sbb nak benda ni
tp yela.. nak marah pon x guna kan
itu punca rezki diaorg..huhu
satu rm5.00
aku rembat 2 satu lagi spongebob utk adik..
tp dah pecah masa dalam kete lagi.. GANAS tol adik nih..
alih2.. kat umah.. dia asyik cakap "kongcila" kat kakak hehe
 pic tuan rumah bersama keluarga tercinta ;)
i'm love it
(skrg dah jadi background desktop)
 dengan dik tercayang
hmm.. takut air laut rupanya...
maybe sbb bunyi dia kuat sgt kut
 tgk gelagat si adik
"xmo..xmo..takut..takut"
 aiseh adik ni..TAKUT SANGAT la..
letak dalam air.. dia angkat kaki dia tinggi2
 kakak pon same..TAKUT jugak
tp ada BERANI sikit la dari adik dia

so titipan utk suami ku tercinta pada hari tu adalah ;
"kena bawak anak g laut lagi lepas ni, kalau x dorang akan jadi penakut dgn laut"
hehe.. padahal ada makna tersembunyi dari titipan tersebut
mak nye nak ke laut lebeyyyy... :p