Muhammad Rafeeq Zikry

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, May 17, 2013

Hutan Lipur Beserah

Actly, aku dibesarkan di sebuah perkampungan yang terletak di Beserah. Aku menetap di sana dari sebesar jagung (jagung ke?) sehingga darjah 6. Lama x? lama la kan... almost 12years.

Tapi.. kenapa aku x pernah tau ada HLB ni ek? Hairan betul. Aku tau di kala umurku 29tahun! dan bawak anak2 datang mandi.. zaman kecit cinonet dulu x pernah plak terjun2 kat sini


bunga,  ko tau?


aku dapat 2 pic atas ni ehsan dari google.tuan blog ni pon pernah sampai.Dari pengamatan aku ke atas blog akk ni.. tempat ni cantik. Tapi kenapa aku pergi tempat ni x cantik ek? 

huhu.. semak sekali.. tandas jgn citer aar hancing nye.. (cess! pantang tol)

tapi anak3 dgn pak n mak sedaranya dah excited. xpeduli dah suasana sekeliling.. cabut baju terus terjun. Ajak makan pon x mau. dia ada 2 kolam. Dalamnye ada pasir. Air dia bapak segala sejuk. Aku ada nmpk signboard GUA .. tp keadaan jalan nak ke GUA tu mmg x sesuai langsung utk dilalui.. konfem pacat penuh.

aku tanya ayah aku "papa, selama ni along x pernah tau pon ada hutan lipur ni. Xpernah bawak pon.dekat giler dari rumah..huhu" dia bantai gelak je

Hutan Lipur tentulah ada air terjun kan.. tp entah! xde pon. kena naik atas lagi kut.. kena redah hutan semak samun tu huhu.. Tapi dia punya air.. serius punya sejuk ;)

 ni pemandangan dari seberang sini.. gambar dari gugel. dalam pic atas ni..cantik je terang je. tapi time aku pergi tu.. mak aii.. semak samun.. pemandangan seperti gambar di atas ni.. gelap sbb keadaan semak tu
 Baju merah adalah Siti Fatimah. Adik tiri ku ini dah darjah 2. Baru darjah 2 dah ada anak sedara 3 orang..anak sedara plak darjah satu.. esok besar saing la mu dua orang ye. Aku umue 29tahun xde anak saudara lagi (belah aku lah).. adik aku bersalin Okt ni.. InsyaALLAh.. hah itulah anak sedara pertama.. wah.. x sabar nak tgk anak sedara sendri ni.Anak sedara sebelah suami aku ramai.. 29 orang dah hehe
 Rafeeq kalau rendam dalam air.. x nanges langsung. Kita bimbang dia kesejukan. Tapi dia relax je.
Budak lelaki x pakai baju kat belakang tu.. adik tiri sulong.. Darjah 4.. Muhammad Arif Iman.. Notty boy ;)
 Geram dgn si comel ni
Rafeeq dengan abah

xde plak gambar kakak dalam nih. Ooo.. baru igt. dia merajuk.. ptt xde gambar dia. Biasalah anak dara tu .. xleh tersalah sket.. MERAJUK.. TARIK MUKA..

Cuti sek ni nak turun Melaka. Cari hutan lipur la.. leh mandi2 hehe. Dulu singgah Hutan Lipur Gunung Ledang.. Best giler!

 

Wednesday, May 15, 2013

masih seperti biasa walaupun puasa

Alhamdulillah syukur dengan setiap rahmat ALLAH

Aku sebenarnya sedikit berdebar. Nak puasa dan dalam masa sama nak pam susu. My Rafeeq minum susu fresh so hari2 stok mesti cukup. Tetapi memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelang x lama je lagi.. rasa bersalah menyelubungi diri kerana puasa yang ditinggal masih berbaki untuk diganti.

Lantas.. aku kumpul segala semangat dan berdoa pada ALLAH semoga DIA permudahkan segala urusan dan membantu ku dalam setiap perjuangan

perjuangan untuk mengganti puasa
perjuangan untuk pam susu seperti biasa

Aku bangun sahur jam 5.00 pagi. Makan nasi, lauk ayam dan air masak suam 3 gelas.

Alhamdulillah sampai sekarang dah nak pukul 12tgh..aku masih berpuasa dengan tenaga yang masih kuat. Aku jangkakan.. aku perlu banyak rehat dan sedikit ketar akibat dari kurang air. Tapi .. tidak. segalanya masih seperti biasa.. 

hasil pam susu jam 10 pagi td.. 

5 oz dalam masa 2-3 minit. Kalau x puasa.. lepas pam aku minum air masak 500ml.. tp kali ni cabarannya berbeza. Tekak ada rasa sedikit dahaga.. tp masih lagi ok..

Banyak hari lagi nak ganti ni.. InsyaALLAH.. moga2 dapat diselesaikan..

Nota : Ramadhan yang lalu.. aku tidak dibenarkan berpuasa sebab ada kencing manis waktu hamil dan perlu cucuk insulin setiap hari..  

 

Thursday, April 25, 2013

alamak! ....

macam2 hal...

siap je aku pam susu..buka cooler beg konon nk amik penutup botol susu..XDE! ...ok terus otak pikir laju2

aku masuk pantry..cr plastik dgn getah

sudahnye jadi la cenggini


satu kes di hari yang lain pula

aku perasan ice pack aku bocor.. aduh!.. nasib baiklah haitu sekali.. jalan2 kat facebook KIM (Kumpulan Ibu Menyusukan) .. ada orang suggest cara nak handle perkara camni

balik rumah terus aku buat.. settle satu perkara.. tp rasanya kena cari yang baru jgk.. sementara boleh lah ni sbb tempoh kesejukan dia x sama cam dulu.. itu yang aku perasan lah!

aku sumbat ice pack ni dalam plastic storage untuk simpan susu tuh

cam2 dugaan.... sabo ajela.. perjalanan masih panjang nih.. caiyok2!




Wednesday, April 10, 2013

5hb mei? aduh sakit hati sekejap!

segala yang dirancang terpaksa dibatalkan!

sekian