My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 3, 2013

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Merempuh satu perjalanan yang jauh.. akhirnya tiba juga kami di Pulau Pinang. Letih segala urat2 di tubuh.. rasa serik pon ada.

Kami dari Kuala Terengganu melalui Kelantan seterusnya Grik untuk sampai ke PP. Bertolak jam 11.30 pagi dan tiba Jambatan PP jam 6.20 petang.. kiralah sendiri berapa jam perjalanan itu. Itu dah termasuk berhenti makan dan solat 3x.

Kami memilih untuk masuk ke PP dengan melalui Jambatan PP. Dengan tol RM7.00 sebiji kereta dan sekali masuk. Nanti keluar xyah bayar apa2 dah. Seronoknya masa berada atas jambatan tu.. nak2 bila sampai di bahagian tengah nya. Seronok bukan apa.. sbb dulu datang tahun 1996. Rombongan sekolah darjah enam. Sekarang dapat datang lagi bersama keluarga. Anak2 juga untung.. kecik2 dah sampai.

Kami menginap di Homestay. Jangan tanya di mana. Semua anak saudara dah uruskan.. jadi x alert sangat pasal nama kawasan dan sebagainya. + lagi dia belanja untuk 2 hari penginapan.. TQ INA.. lain kali belanja la lagi.....hehe

PP bg aku dah jauh berbeza dgn 17 tahun dulu. Sangat membangun. Rasa macam duk d KL pon ye. Kalau tidak kerana mu wahai GPS.. harusla kami makan buah langsat.

Tujuan utama ke PP adalah untuk menemani anak saudara pada hari KONVO nya di USM Pulau Pinang pada 20hb Sept 2013. Selain itu, kami berjalan2 la. kami konvoi dua bijik ALZA.

X melepaskan peluang untuk naik ke bukit bendera. Dulu aku naik, keretapi nya model lama
tetapi sekarang tidak lagi. Keretapi dulu lembab giler.. nk sampai atas makan masa. Yg baru ni.. sekelip mata je.. tp idak la laju bebenor.. blh la menikmati pemandangan d atas.

17tahun.. tidak banyak berubah.Cume ada beberapa penambahan la. Contoh.. ada cafe (makanan dia sedap2.. ABC dia SUPERB) .. ada kemudahan buggy ride.. satu trip RM30.. ada pemandu yang akan bawa round2 kat Bukit Bendera tu sambil cerita sejarah2nya. Oh ya.. teropong kat atas tu kena bayar RM1.00 baru boleh guna utk tgk pemandangan. Dulu FREE je.. hehe

Jom Layan gambar

 Tengok keretapi dah sampai. Siap ada penjaga dia. Boleh tahan garang mukanya!
Kanan & lelaki di bawah tu anak saudara. Tudung awning pink tu kakak ipar kesayangan
 Us dalam keretapi. Excited!
 Ala... senget plak
Terowonggg
 x salah aku.. atas tu station kedua
dia x stop.. terus je.Lepas station kedua ni.. keretapi laju sket dari masa kat bawah tu
 Teropong
Bayo singgit boleh la tgk pemandangan beberapa minit
 Kami anak beranak.. gambo plak senget

 Kueytiaw; sedappp
 ABC Special ni pon sedappppp
harga RM6.00 kalau x salah

Lepas tu kami jalan2 ke Batu Feringgi
Aku tgk biasa je.. tp anak saudara cakap.. patut kena stop kat satu station lagi. situ meriah. Berhenti kat sini sbb hari dah makin gelap. Apa pon, pantai tetap pantai la kan. Indah dalam ciptaan nya tersendiri. x mandi pon.. cicah2 kaki je. janji dah sampai 
BATU FERINGGI

 Rafeeq 11 Bulan

 Budak Comei

 Bergambar Kenangan

Ini plak gambar masa di USM PP





Bergambar di dalam FERI sebelum balik
sekejap je pon naik Feri ni x puas rasanya.
anak2 pon suke tgk air





 huhu.. sungguh penat.

nanti nak p Langkawi plak
tp rasa nak naik keretapi..encik suami x sanggup bawak kereta
jauh woooo "ibu xpe.. duk sebelah je" katanyaaaaa

uiii igt duk sebelah x penat ke cik suami???
 hahaha

ok see u then

3 comments:

MRS. K said...

eh eh tak pasan zue dah tukar langsir.. heheheh

umah kite ngan penang dekat je zue. 45 minit camtu paling cepat. tapi nak pegi nye haghamm... malas nak masuk town die. huhuuh

eima said...

aku pi ari tu pun sesat barat ...hahhaha lawak2

Zuraidah Butang said...

byk gambar berjalan..gambar konvo nye tade..heheh