baru balik dari Hospital.
"sesungguhnya setiap sakit yang datang pada kita adalah datang dari ALLAH s.w.t. Allah mendatangkan setiap penyakit itu bersebab. Jika kita redha.. dosa-dosa kecil kita akan terhapus"
aku belajar untuk menerima apa sahaja yang Allah berikan pada aku sejak lahirnya anak pertama ku yang begitu istimewa. Aku menjadi begitu kuat untuk menempuh apa sahaja.. InsyaALLAH
Doc pakar SOPD dah tetapkan tarikh pembedahan untuk buang tiroid aku pada 12.12.2013
huh!... berdebar2.. Semoga segala-galanya dipermudahkan AMIN
Umie,
Doktor pakar Hospital Kuantan mencadangkan aku bawa umie ke HKL untuk jumpa pakar hormon di sana.. dan tgk apa doktor di sana boleh bantu untuk pembesaran umie. AKu berserah segala-galanya pada MU YA ALLAH..
REDHA
Showing posts with label Reena Zulaikha. Show all posts
Showing posts with label Reena Zulaikha. Show all posts
Thursday, September 26, 2013
Tuesday, July 30, 2013
kakak jatuh tangga
Ya ALLAH.. semalam dapat panggilan telefon dari cikgu sekolah kak umie. Berderau darah ni bila dapat tau anak jatuh kat tangga di sekolahnya. Terdiam seketika. Benda yang aku xnak.. yang aku nak elak.. terjadi jg. Tapi baiknye, bukan kerana di tolak orang lah. Aku bimbang jika dia tgh mengendong begnya yang sarat dengan buku tu.. ada org tolak sbb dia jalan perlahan kat tangga. Orangnye kecik.. begnya plak sarat muatan. xkan dapat nak menapak dengan laju.
Sejurus selepas abah nya amik dari sekolah. Dia mengadu sakit dada. Katanya dia jatuh terduduk di tangga tu selepas keluar dari bilik air. Kasut licin basah & mungkin jg dia tersilap langkah pada anak tangga itu. Kita pon pernah kan? Tapi aku x kesah kalau kita yang jatuh.. tp kak umie. orgnye halus bebenor. Tulang semata.. isinya boleh ditimbang je berapa kg.
Aku bertanya keadaan dia malam td.. sama ada ok ke tidak. sebab dia nmpk menanggung sakit semasa nak bgn dari kedudukan duduknya. dia kata sakit kat tulang belakang. hmm.. berdebar jg hati aku. aku urutkan letak minyak gamat.. katanya kurang sket. Bukan aku x nak bawa g klinik.. tp aku dah tau Pembantu Perubatan a.k.a MA akan cakap.. xde apa dan dia akan bekalkan ubat paracetamol utk kurangkan sakit. Kat rumah pon ada. Aku kadang fade up dengan servis mereka.. tp apakan daya.. ada masa aku pergi hadap jg. x semua perkara aku boleh bawa ke klinik swasta. Kalau kes umie, mmg aku prefer Hosp. Kerajaan.
Pagi td bangun nampak ok sket. nak g sekolah katanya. Cume aku x benarkan dia mengendong beg sekolah sendiri. Aku jugak pesan supaya dia tunggu di atas kelas sahaja waktu balik nnt. tunggu sampai abah naik.
Semoga ALLAH Melindungi mu anak syurga ku.. AMIN
Friday, June 14, 2013
SelfConfident
Hari ini adalah hari pelaporan murid di sekolah kakak. Aku pergi seawal pagi dengan tujuan nak elakkan daripada perlu beratur panjang dan berdiri lama. Aku pergi tanpa persediaan mental fizikal kerana aku tidak menjangkakan hal ini akan berlaku.
Sekilas pandangan kakak nmpk ok. Semua kerja sekolah dapat disiapkan sendiri mengikut kehendak cikgu. Tiada yang mencurigakan aku
Tetapi penerangan dari cikgu kelasnya.. sedikit merentap jiwa aku sebagai seorang ibu. Menitis air mata kerana kecewa. Memang kakak baru darjah satu.. tp sebagai seorang ibu harapan buat anaknya sangat besar.
Cikgu memberitahu aku bahawa kakak akan diturunkan dari Kelas A ke Kelas B. Tersenyap aku seketika.
"Reena boleh buat semua kerja cuma dia lambat sket daripada budak2 lain. Dia x dapat kejar semasa di dalam kelas. Kelas A mmg saya ajar laju sket. Jadi untuk mengelak dia daripada ketinggalan..saya akan turunkan dia ke kelas B. Reena jg tidak bercakap dan tidak aktif di dalam kelas. Kalau tidak faham.. dia jg tidak datang bertanya. Suaranya amat jarang sekali kedengaran. Tetapi dalam bidang sukan dia xde masalah. Dia boleh berlari dan lompat jauh dengan baik"
Rumusan guru kelas A ni membawa aku balik ke 2 thn lepas apabila aku dipanggil guru tadika kakak.
"saya mmg x dengar langsung dia bercakap.Kat rumah dia bercakap x? Dia main x? Dia pandai melompat x? saya bukan apa.. skrg xpelah.. masih di tadika. nnt darjah satu kl dia masih perangai cam ni.. saya bimbang dia susah nk dapat kawan"
Aku sebagai ibu sering perhatikan tingkahlaku anak sendiri. Cikgu memberitahu, dia bimbang kalau2 reena ni adalah masalah pembelajaran.LEMBAM contohnya. Sepemerhatian aku, umie ok. lincah, cergas, riuh,bising,kuat bergaduh dengan adiknya. Jadi kesimpulan yg dapat aku buat.. dia berubah tingkah laku di sekolah. ada sesuatu.. ada sesuatu
Kakak merasa rendah diri kerana dia adalah insan istimewa. Dia tidak seperti orang lain. Kakak mengalami masalah kurang keyakinan diri. Ya ALLAH aku seolah2 tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Kasihan sungguh pada kakak.. Andai dapat ibu gantikan diri ibu.. akan ibu gantikan kakak.. akan...
Semua kehendak ALLAH.. kita sebagai manusia x dapat mengatasinya. Ibu harap kakak KUAT.. Ibu doakan kakak CEMERLANG dunia dan akhirat.. Ibu mohon setiap masa pada ALLAH supaya kakak mempunyai jiwa yang kental..
Ya ALLAH.. serabut sungguh hati ini..

kakak
telah banyak yang kita lalui bersama dalam 7 tahun ini
dan ibu akan setia menemani kakak untuk 70 tahun lagi
Monday, January 21, 2013
Meeting dengan cikgu beso
Kakak dah darjah 1 ~ Alhamdulillah
Acad Tabika KEMAS ~ Alhamdulillah
Kali ini nak bercerita pasal kakak.
Hari pendaftaran berjalan dengan lancar sekali. Cek-cek nama, kakak ditempatkan di kelas 1 Bijak. Tapi biasala.. ni kelas sementara sahaja sbb dorang akan exam dan akan duk kelas betul2. Kelas darjah 1 ada 6 kelas. 1A - 1E berada di tingkat 1. 1F berada di ground floor. Hari pertama dan ke3.. aku meneman kakak di sekolah. bawak dia ke kantin..tunjuk toilet. Mulut ni x berhenti2 pesan.. jalan elok2.. naik tangga elok2.. nmpk org lari2.. elak. nnt jatuh. maklum sajalah.. orgnya kecik molek ;)
pada hari ke2 sekolah..aku usaha nak berjumpa dgn GB sek anak aku nih. Susah jgk nak jumpa.. dia pon kebizian. dekat 2 jam tunggu.. seb baik aku ni PENYABAR orgnya...(padahal dah sumpah seranah keh keh keh) ..
aku mohon kebenaran dari GB untuk mendapat surat kelulusan bagi membenarkan ayahnya masuk keluar sekolah sesuka hati bagi menghantar dan menjemput kakak di kelas.Beg nya berat yang amat. Dengan keadaan kakak yg kecik molek nih.. amatlah ibu tidak berdaya menengoknya. jadi Guru Besar pon setuju.. maka dapatlah ayahnya sekeping surat green light. Ada orang kata aku nak manjekan anok ke?.. xpela.. hanya aku yang tahu. idoknya aku nak manjakan anak2 sesuka hati. Kakak tu beratnya cuma 11kg sahaja. beg sekolah 4-5kg.. pikirla sendiri. Sebelum dia dpt sakit tulang or sakit belakang.. baik aku elakkan dulu.
Malam itu. Cikgu Besar, GPK dan GPK HEM..nak jumpa ibu.Kata si anak. Esoknya aku ke sekolah.
GB " Puan, daripada peperiksaan yang kami dah buat..anak puan boleh menduduki kelas 1 Arif" .. dalam hati aku.. ALHAMDULILLAH
GB " tapi.. demi keselamatannya, pihak sekolah ingin meletakkan Reena Zulaikha di kelas 1 Fasih (kelas terakhir dan berada di tingkat bawah)
Pihak sekolah takut dia jatuh, tertolak, tergelincir dsb.
Aku memohon pihak sekolah agar anakku diletakkan di kelas yang sepatutnya dia layak atas banyak sebab. Amat rugi besar jika umi terpaksa duduk di kelas hujung jika dia layak duk kelas lebih baik. Aku yakinkan cikgu.. umie ni ok.aku minta agar cikgu tidak ketepikan dia hanya kerana keadaan dia cam ni. aku juga minta agar umie diberi layanan sama cam budak2 lain. Aku akan titipkan di telinganya hari2 tanpa bosan.. agar berhati2 di sekolah.Aku rasa umie xde masalah pon nak turun naik tangga.. lagipon.. nak atau tidak..darjah 2 nnt dia kena jugak naik tangga sbb kelas darjah 2 kat atas. Jadi biarlah dia berlatih. Alhamdulillah cikgu setuju.
aku juga bercerita, satu hari.. masa balik dari Tadika.. umie nmpk sedih sgt. dia kata.. Hari ni main kat luar.. seme kawan2 main.. cikgu suh umie duk kat pondok tepi tu. Umie tgk je org main " umie nak main ibu..." sedih sgt aku dgr masa tu.
Then aku ajar dia.. cakap pada cikgu " cikgu, umie nak main sama2 dgn kawan.. umie blh main".. cikgu bimbang umie jatuh ke apa sebenarnya. Akhirnya umie diberi kebenaran main sama2 dgn kawan. Hujung tahun.. dalam acara sukan sekolah tadika.. umie menang tempat pertama untuk semua acara.. cikgu tadika kagum dgn umie.. GB, GPK, GPK HEM pon terkejut..
Aku harap pihak sekolah kebangsaan nih.. layan anak2 istimewa macam umie ni sama rata.. lain la kalau dia benar2 tidak berkemampuan
ibu sayang kakak!
Subscribe to:
Posts (Atom)