My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 30, 2013

kakak jatuh tangga

Ya ALLAH.. semalam dapat panggilan telefon dari cikgu sekolah kak umie. Berderau darah ni bila dapat tau anak jatuh kat tangga di sekolahnya. Terdiam seketika. Benda yang aku xnak.. yang aku nak elak.. terjadi jg. Tapi baiknye, bukan kerana di tolak orang lah. Aku bimbang jika dia tgh mengendong begnya yang sarat dengan buku tu.. ada org tolak sbb dia jalan perlahan kat tangga. Orangnye kecik.. begnya plak sarat muatan. xkan dapat nak menapak dengan laju.

Sejurus selepas abah nya amik dari sekolah. Dia mengadu sakit dada. Katanya dia jatuh terduduk di tangga tu selepas keluar dari bilik air. Kasut licin basah & mungkin jg dia tersilap langkah pada anak tangga itu. Kita pon pernah kan? Tapi aku x kesah kalau kita yang jatuh.. tp kak umie. orgnye halus bebenor. Tulang semata.. isinya boleh ditimbang je berapa kg.

Aku bertanya keadaan dia malam td.. sama ada ok ke tidak. sebab dia nmpk menanggung sakit semasa nak bgn dari kedudukan duduknya. dia kata sakit kat tulang belakang. hmm.. berdebar jg hati aku. aku urutkan letak minyak gamat.. katanya kurang sket. Bukan aku x nak bawa g klinik.. tp aku dah tau Pembantu Perubatan a.k.a MA akan cakap.. xde apa dan dia akan bekalkan ubat paracetamol utk kurangkan sakit. Kat rumah pon ada. Aku kadang fade up dengan servis mereka.. tp apakan daya.. ada masa aku pergi hadap jg. x semua perkara aku boleh bawa ke klinik swasta. Kalau kes umie, mmg aku prefer Hosp. Kerajaan.

Pagi td bangun nampak ok sket. nak g sekolah katanya. Cume aku x benarkan dia mengendong beg sekolah sendiri. Aku jugak pesan supaya dia tunggu di atas kelas sahaja waktu balik nnt. tunggu sampai abah naik.

Semoga ALLAH Melindungi mu anak syurga ku.. AMIN

3 comments:

Ibu Amirul said...

Kelas dia tingkat atas ke? Tu lah kesian tengok anak2 sekarang, bdn kecik2 je tapi beg sekolah punya lah besar

eima said...

kesian umie ... tp elok jugak klu dibawa ke swasta untuk xray klu dah spital kerajaan tak de amik tindakan pepe sekadar bg pcm je ....

deelira@deeliraz said...

Ibu amirul : kelas dia tingkat 1. tandas tingkat 2

Manja : tulah.. tgk hari ni camne. kalau perlu akan ku bawak jugak