My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 14, 2013

SelfConfident

Hari ini adalah hari pelaporan murid di sekolah kakak. Aku pergi seawal pagi dengan tujuan nak elakkan daripada perlu beratur panjang dan berdiri lama. Aku pergi tanpa persediaan mental fizikal kerana aku tidak menjangkakan hal ini akan berlaku.

Sekilas pandangan kakak nmpk ok. Semua kerja sekolah dapat disiapkan sendiri mengikut kehendak cikgu. Tiada yang mencurigakan aku

Tetapi penerangan dari cikgu kelasnya.. sedikit merentap jiwa aku sebagai seorang ibu. Menitis air mata kerana kecewa. Memang kakak baru darjah satu.. tp sebagai seorang ibu harapan buat anaknya sangat besar.

Cikgu memberitahu aku bahawa kakak akan diturunkan dari Kelas A ke Kelas B. Tersenyap aku seketika. 

"Reena boleh buat semua kerja cuma dia lambat sket daripada budak2 lain. Dia x dapat kejar semasa di dalam kelas. Kelas A mmg saya ajar laju sket. Jadi untuk mengelak dia daripada ketinggalan..saya akan turunkan dia ke kelas B. Reena jg tidak bercakap dan tidak aktif di dalam kelas. Kalau tidak faham.. dia jg tidak datang bertanya. Suaranya amat jarang sekali kedengaran. Tetapi dalam bidang sukan dia xde masalah. Dia boleh berlari dan lompat jauh dengan baik"

Rumusan guru kelas A ni membawa aku balik ke 2 thn lepas apabila aku dipanggil guru tadika kakak. 

"saya mmg x dengar langsung dia bercakap.Kat rumah dia bercakap x? Dia main x? Dia pandai melompat x? saya bukan apa.. skrg xpelah.. masih di tadika. nnt darjah satu kl dia masih perangai cam ni.. saya bimbang dia susah nk dapat kawan"

Aku sebagai ibu sering perhatikan tingkahlaku anak sendiri. Cikgu memberitahu, dia bimbang kalau2 reena ni adalah masalah pembelajaran.LEMBAM contohnya. Sepemerhatian aku, umie ok. lincah, cergas, riuh,bising,kuat bergaduh dengan adiknya. Jadi kesimpulan yg dapat aku buat.. dia berubah tingkah laku di sekolah. ada sesuatu.. ada sesuatu

Kakak merasa rendah diri kerana dia adalah insan istimewa. Dia tidak seperti orang lain. Kakak mengalami masalah kurang keyakinan diri. Ya ALLAH aku seolah2 tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Kasihan sungguh pada kakak.. Andai dapat ibu gantikan diri ibu.. akan ibu gantikan kakak.. akan...

Semua kehendak ALLAH.. kita sebagai manusia x dapat mengatasinya. Ibu harap kakak KUAT.. Ibu doakan kakak CEMERLANG dunia dan akhirat.. Ibu mohon setiap masa pada ALLAH supaya kakak mempunyai jiwa yang kental.. 

Ya ALLAH.. serabut sungguh hati ini.. 

kakak
telah banyak yang kita lalui bersama dalam 7 tahun ini
dan ibu akan setia menemani kakak untuk 70 tahun lagi

2 comments:

eima said...

alahai sedihnye aku ... aku harap kakak umi akan lebih berkeyakinan diri ..

bunga_rose said...
This comment has been removed by a blog administrator.