My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 21, 2013

Meeting dengan cikgu beso


Kakak dah darjah 1 ~ Alhamdulillah
Acad Tabika KEMAS  ~ Alhamdulillah
 
Kali ini nak bercerita pasal kakak.
 
Hari pendaftaran berjalan dengan lancar sekali. Cek-cek nama, kakak ditempatkan di kelas 1 Bijak. Tapi biasala.. ni kelas sementara sahaja sbb dorang akan exam dan akan duk kelas betul2. Kelas darjah 1 ada 6 kelas. 1A - 1E berada di tingkat 1. 1F berada di ground floor. Hari pertama dan ke3.. aku meneman kakak di sekolah. bawak dia ke kantin..tunjuk toilet. Mulut ni x berhenti2 pesan.. jalan elok2.. naik tangga elok2.. nmpk org lari2.. elak. nnt jatuh. maklum sajalah.. orgnya kecik molek ;)
 
pada hari ke2 sekolah..aku usaha nak berjumpa dgn GB sek anak aku nih. Susah jgk nak jumpa.. dia pon kebizian. dekat 2 jam tunggu.. seb baik aku ni PENYABAR orgnya...(padahal dah sumpah seranah keh keh keh) .. 
 
aku mohon kebenaran dari GB untuk mendapat surat kelulusan bagi membenarkan ayahnya masuk keluar sekolah sesuka hati bagi menghantar dan menjemput kakak di kelas.Beg nya berat yang amat. Dengan keadaan kakak yg kecik molek nih.. amatlah ibu tidak berdaya menengoknya. jadi Guru Besar pon setuju.. maka dapatlah ayahnya sekeping surat green light. Ada orang kata aku nak manjekan anok ke?.. xpela.. hanya aku yang tahu. idoknya aku nak manjakan anak2 sesuka hati. Kakak tu beratnya cuma 11kg sahaja. beg sekolah 4-5kg.. pikirla sendiri. Sebelum dia dpt sakit tulang or sakit belakang.. baik aku elakkan dulu.
 
Malam itu. Cikgu Besar, GPK dan GPK HEM..nak jumpa ibu.Kata si anak. Esoknya aku ke sekolah.

GB " Puan, daripada peperiksaan yang kami dah buat..anak puan boleh menduduki kelas 1 Arif" .. dalam hati aku.. ALHAMDULILLAH

GB " tapi.. demi keselamatannya, pihak sekolah ingin meletakkan Reena Zulaikha di kelas 1 Fasih (kelas terakhir dan berada di tingkat bawah)

Pihak sekolah takut dia jatuh, tertolak, tergelincir dsb.

Aku memohon pihak sekolah agar anakku diletakkan di kelas yang sepatutnya dia layak atas banyak sebab. Amat rugi besar jika umi terpaksa duduk di kelas hujung jika dia layak duk kelas lebih baik. Aku yakinkan cikgu.. umie ni ok.aku minta agar cikgu tidak ketepikan dia hanya kerana keadaan dia cam ni. aku juga minta agar umie diberi layanan sama cam budak2 lain. Aku akan titipkan di telinganya hari2 tanpa bosan.. agar berhati2 di sekolah.Aku rasa umie xde masalah pon nak turun naik tangga.. lagipon.. nak atau tidak..darjah 2 nnt dia kena jugak naik tangga sbb kelas darjah 2 kat atas. Jadi biarlah dia berlatih. Alhamdulillah cikgu setuju.

aku juga bercerita, satu hari.. masa balik dari Tadika.. umie nmpk sedih sgt. dia kata.. Hari ni main kat luar.. seme kawan2 main.. cikgu suh umie duk kat pondok tepi tu. Umie tgk je org main " umie nak main ibu..." sedih sgt aku dgr masa tu.

Then aku ajar dia.. cakap pada cikgu " cikgu, umie nak main sama2 dgn kawan.. umie blh main".. cikgu bimbang umie jatuh ke apa sebenarnya. Akhirnya umie diberi kebenaran main sama2 dgn kawan.  Hujung tahun.. dalam acara sukan sekolah tadika.. umie menang tempat pertama untuk semua acara.. cikgu tadika kagum dgn umie.. GB, GPK, GPK HEM pon terkejut..

Aku harap pihak sekolah kebangsaan nih.. layan anak2 istimewa macam umie ni sama rata.. lain la kalau dia benar2 tidak berkemampuan

ibu sayang kakak!
 

2 comments:

eima said...

sedih betui ... nape diskriminasi gitu .. tnpa betui2 menilai kebolehan seseorg tu ....lain la klu dah dipantau selaman 2-3 minggu nampak tak berdaya baru tukar ...

Qhaifa Nur said...

utk anak kita sanggup buat apa saja..
moga kakak dapat suaikan diri...
afnan pun masuk tadika kemas 5 thn...segak dgn uniform kemas yup acad....