My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 16, 2013

44 hari yang mencabar

44 hari berpantang yang sangat2 mencabar
adalah 44 hari dalam pantang bersama dak rafeeq
dgn kakak n abg sebelum ni.. orait jew
kenapalah sayang ni betol2 menduga ibu?
huih...(sambil mengesat peluh di dahi kerana mengingatinya)

kesahnya bermula dari dalam wad lagi, sehari selepas bersalinkan rafeeq..baru aku dpt pegang dia.Bermulalah episod baru pada malam itu. Rafeeq menanges.. menanges dan menanges.. kesian dan rasa bersalah menyelubungi ragaku pada kawan2 sebilik dgn ku (3org with baby).. takut kebisingan mengganggu mereka. aku tak tahu apa yg tidak kena..puas kupujuk. dalam keadaan aku yg bersalin czer.. rafeeq ku pangku.. tidur dalam hayunan kecilku yang berada dalam keadaan duduk.aku tiada pilihan. dia akan menanges jika diletakkan di bawah.malam sampai pagi.. kwn2 sebilik yang prihatin.. mula bertanya.. "kenapa baby nanges semalam.. sian awk tidur sambil tercongok cam tu.. dahla czer" aku pon memohon maaf jika mereka terganggu dgn tangisan si kecil..tp mereka cakap " tidak mengapa.. adalah tu yg tidak kena" . aku jadi bingung.. apa pasal la si kenit ni. nak kata kembung ke apa tidak. susu pon dah mula keluar bila dihisap. 2 malam aku di hospital bersama baby... dan dia menanges menanges dan menanges

kita dahla sakit.. dalam pantang dgr baby menanges x henti2.. rasa sakit seme urat2. pening kepala x ckp tido lagi.. cobaannnn...

hari jumaat.. lewat petang baru kami discaj. Bermula la pula episod menanges di rumah.. Alahai si anak.. apa yang kamu mahu?

ibu dah jadi tidak keruan.. makan x ikut time.. tidur jauh sekali.. cengkung giler ibu.. tak tahu berapa kg berat masa tu.. tp siyes punya kurus.. xpernah sekurus itu sejak kahwin.. tp sayang x dpt mantain kan.. habis 44 hari naik sket.

Rafeeq nanges setiap masa.. habis jiran tetangga datang jenguk. Jiran depan..jiran tepi.. jiran belakang rumah pon dtg.. katanya.. dgr kuat nanges.. risau kut apa2.. Terima kasih jiran2 sbb prihatin. huhu.. aku dah bawak dia round umah tok n mak bidan yang boleh jampi2 ayat Al-Quran nih.. x jalan. Suami aku pon dah putus angin.. x tahu kenapa si anak menanges. sampai satu hari aku tergelak tgk dia ..pujuk anak.. ketuk2 pintu bilik.. pastu anaknya diam.. dia kata.. "hah ibu.. kena tukar nama.. Ahmad Albab" hahaha.. tp sekejap je.. pastu dia nanges semula..

44 hari aku rasa sangattttt panjang apabila si anak x henti2 nanges. Rakan taulan yg dtg melawat pon kesian tgk aku.. dah la pantang sendiri.. anak plak nanges siang malam.. which means NO REST.. Dalam pada itu..ramai yang cakap pada aku.. 

"sabar.. biasa 44hari habisla nanges dia nih"

"sabar.. biasa anak nanges2 dalam pantang nih.. beso senang jaga" AMIN kan je la..

bawak balik kampung (terengganu) pada usianya 38hari.. nanges jugok wei.. mula lah org kampung suh bawak jumpa dukun sana sini.. aku ni jenis hok dok caya.. tp ikutkan jugala.. nak jaga hati org tua2.. tp xde hasil pon.. stil menanges. huhu

Akhirnya hari yang aku dan suami tunggu2... hari ke 44.. Esoknya hari ke 45!.. masih menanges tp agak kurang sedikit.. itupon aku dah bersyukur.. wlwpon dia masih menanges

Suara nyaringannya menanges berlarutan sampai ke 2 bulan.. sehingga 2 bulan itula.. kami anak beranak ambil keputusan tidak kemana2.. susah nak pujuk kl dia nanges di khalayak ramai nnt.. Org lain habis pantang 44hari.. terus kuo berjalan. AKU? tidak. 2bulan++ baru aku berani keluar2.. tu pon dia masih menanges.huaaaaaa

sampaikan kakak dan abg ngah tanya " ibu, bile adik nak berhenti menanges nih.. asik2 nanges.nak g jalan2 pon xleh" almaklum sajalah.. aku terkurung.. dgn mereka2 sekali x keluar rumah.. jemulah tu.. dah la cuti sekolah. Habis segala perancangan holiday yang aku rancang dalam percutian bersalin itu.. 

Dugaan hebat dan maha berat ni.. aku tanggung dgn rela hati. Dah lama aku berehat dan bersenang lenang.. almost 2thn. Acad 4thn baru aku preggy kan.. so acad 2tahun je.. aku dah rileks.. acad dah pandai berdikari.malam2 xbgn sgt.. so sgt2 dah puas berehat. sekarang masa untuk aku BERJAGA pula.. 

Apa saje la demimu wahai anak3 permata hati ku.. tanpamu apalah erti ku didunia ini.. sepi! 

Sambung balik.. dekat dengan tarikh aku nak masuk kerja dah!.. aku semakin risau.camne la dia di umah mama nnt.. (mak aku jaga).. aku x nak nyusahkan mama aku.. sian dia kl anak aku.. cucu dia nih.. asik nanges je.. aku berdoa siang malam..

ALHAMDULILLAH.. Rafeeq semakin stabil. and now dia dah 3 bulan 13hari.. dah ok pon. x nanges2 dah. nanges nak susu jer.. n sgt suke tido. kalau tido dia diganggu.. SIAPLAAAA... hahaha

Bermula 4hb oct 2013.. sampai skrg.. aku tak pernah cukup tidur! ;)

Wei.. banyak sungguh perkataan menanges!!.. entah berapa puluh perkataan itu.. hehe

Disebabkan aku fobia dgn sakit bersalin n tragedi dalam pantang ini.. makanya.. anak ke-4.. tunggu laaaa 4 tahun lagi hahahah...

ok la tata!

5 comments:

SYANI said...

Memang tension kalau baby asyik menangis je.. Sabar ye.. All is well!

eima said...

hmmm kena sawan tangis la tu .. ver tgk urat antara 2 biji mata atas tg idung .. klu ade urat hijau biru ..maknye mmg dah kena la tu .. tak leh buat pepe ..mmg kuat nangis ... cam fahim kecik dulu

asek nangis je ... abis je pantang terus ok ... dedulu aku sama cam ko memalam tak leh tido

Ibu Amirul said...

huih berat tul dugaannya....

bunga_rose said...

supe kimi laa.. siap kami gi jmpa bomoh mana tah,katanya sawan tangis, suruh mandikan anak waktu magrib kat pintu rumah, pelik2 cara, cam khurafat pun ada.. tapi aku kira sbg ikhtiar jela.. padahal abis pantang ok je mamat tu

Kenari Putih said...

comel sgt entry ni.. sy pon sama, anak 1st ms sy dlm pantang selalu jugak dok nangis smp abis pantang then br le kurang sikit.. sy pon mmg cuak nak pegi mana2 takut dia nangis2.. tp skrg dia dah besar, dia baik sgt dan xberapa nakal kalo banding dgn adik dia.. hihi.. cuma dia sensitif lebih sikit, hihi