My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 22, 2013

Susu Ibu

Kecoh sana sini pasal isu Nurul Uyun a.k.a Nurul Dania yang mendermakan susu ibu kepada anak2 susuan sejak ceritanya masuk Harian Metro minggu lepas. Bertambah kecoh lagi bila Hot FM menimbulkan isu nih di topik pagi dengan perkataan yang kurang menyenangkan.

Apalah masalahnya korang2 ni semua ye. Dalam sangat dah ilmu sampai nak menyentuh hukum hakam agama x tentu pasal. Ternyata Nurul Uyun a.k.a Nurul Dania ni dah buat kajian.. dah bertanya pada yang sahih dan tidak memberikan susu nya sesuka hati seperti yang digembar-gemburkan. X pasal2 orang tuduh dia macam2. Org tak tau betapa mulia kerja yang dia buat tu.

Secara jujur aku kagum dengan dia. Aku tidak mampu jadi sepertinya. Tp aku bersyukur sehingga ke hari ini.. aku masih menyusukan Muhammad Rafeeq Zikry sepenuhnya dengan susu ibu. Ibu2 seperti beliau lah yang memberi semangat dan menjadi inspirasi kepada aku. Sesungguhnya bukan mudah untuk full breastfeed.. tidak semudah yang dicita-citakan. Tambah lagi kepada ibu bekerjaya seperti aku dan ibu2 lain di luar sana. Tapi aku bertekad selagi ada rezeki utk Rafeeq Zikry.. insyaALLAH.. dia akan tetap dapat hak dia.

Aku harap Nurul Uyun terus dimurahkan rezeki untuk membekalkan susu ibu kepada anak susuannya. Aku doakan semoga Nurul Uyun dan keluarga tabah menghadapi apa jua tohmahan orang luar. Orang mmg tau bercakap sahaja..

"Jika kita mampu memberi susu ibu kepada anak kita..janganlah kita mendabik dada dan memandang sinis pada ibu yang memberi susu formula kepada anak mereka"

"Jika kita tidak mahu atau tidak mampu memberi susu ibu kepada anak kita janganlah kita mengejek dan menidakkan ibu2 yang memberi susu ibu kepada anak2 mereka"

Renung2kan..

1 comment:

eima said...

tu la .. aku pun tak puas hati ngan HotFM tu .. sejak2 akhir ni diorg terlampau kasar..panggilan hangit sampai org menangis2 ... ingat kelakar sgt ke buat org gitu ...