My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 18, 2014

Pengalaman menjalani pembedahan pembuangan kalenjar tairod [part 2]

Rentetan dari sambungan PART 1 
 
MasyaALLAH, berat sungguh tugas2 jururawat dan doktor di hospital ini. Aku mmg tabik spring la. apa yang mereka buat.. aku tidak mampu untuk melakukannye. Sebab itulah kut aku tidak pernah terlintas nak jawab pada cikgu "cita2 aku nak jadi nurse" .. mmg x lah hehe. Semua nurse di Malaysia.. x kira di mana anda berada.. saya salute dengan pekerjaan yang anda lakukan. x kiralah anda ikhlas ke.. x ikhlas ke.. yang penting anda buatkan>? hehe

okay.. let's sambung. Patient di wad pembedahan wanita kelas 2 & 3 sangat ramai. baca sangat tu dalam erti kata sangat2 la.. extension bed dah x tau nak letak mana. naik rimas dibuatnya. Tapi aku tidak mengeluh. Aku redha je. Yela.. seme org pon sakit kan. kita kena consider la sket. tol x. patient keluar masuk x kira kul wape. wlwpon aku dah diberi ubat tidur, tp keadaan bising buat aku tersedar jgk. ada yang keluar.. ada yang baru masuk.. ada yang masuk hidup.. keluar tidak bernyawa.. MasyaALLAH.

aku dikelilingi oleh pesakit tairod, kanser payudara, kanser usus dan fibroid. Kami borak2 lah kan.. nak habeskan masa. Yang pesakit tairod tu.. dia dah buang kalenjar tairod 13 tahun dahulu. tp buang sebelah sahaja. now, yang sebelah lagi dah membengkak macam sebiji telur aku tgk. terkejut aku masa dia selak tudung. sbb aku punya tidak sebesar itu. kanser payudara tu cina, dia kurang bercakap. sbb terlalu takut dgn operation the next day. Yang fibroid tu langsung xleh cakap.. asiklah mengerang2.. yang kanser usus ni pangkat nenek. umur linkungan 70an. sian dia. Nnt2 aku cerita pasal dia.

keesokannye, the day la cakap omputih. hati aku tok sah cerita la. sesubuh hari aku dah mandi. jam 7.. patient giliran pertama dah dipanggil. Allah tgk je la.. berdebar rasa masa tu. setelah dicabut undi giliran aku jatuh no.4 [undi la kut..aku pon x tau hehe]. Tapi aku tgk dia bg pada golongan lebih berusia. mungkin yg dah x kuat nak puasa lama2.. kut la.. aku pon x tau prosedur camne. aku punyalah berdoa dapat no. 1.. x dapat hehe

bistu.. nk mkn xleh.. kena pose.. so baca al-quran.. tido.. baca al-quran tido je lah aku nye. Aku dikejutkan dengan kehadiran pakar. Pakar tu datang dia cek seme dia cakap.. awk adalah pesakit dalam standby list. standby list ni maksud dia.. x semestinya kita dapat operate awk. contoh ada kes2 sebelum ni makan masa lama.. kita mmg akan postpone. x ramai patient tahu.. patient igt.. dah masuk wad.. akan operate jgk.. sebenarnya tidak. bergantung pada masa. kita tidak akan tergesa2. dan jika operation tidak dpt dilakukan pada awk hari ni.. awk kena balik. sbb op tu xkan berlaku esok atau luse. awk akan diberi tarikh lain. aku cam WHAT?? huiiii.. terus cepat2 aku doa supaya 3 patient tu xde masalah berat dan settle cepat.

Dah banyak yang aku korbankan.. terutama perasaan aku sndri. Ingt senang ke nak serah diri utk operate ni? huiiii... aku siap cakap kat suami aku.. kl postpone.. lepas ni belom tentu org setuju nak op tau.. sobs sobs.. hati manusia kan boleh berubah..

tik tok tik tok.. setiap kali telefon di kaunter nurse tu berbunyi.. aku dengar je.. kut dia suh patient bersiap masuk bilik pembedahan.. asik la hampa.. last2.. jam 12.00 lebih sket.. call itu utk aku jua.. nurse dtg kedek2.. "zulira, pakai ni. kita nak bawak awk masuk bilik pembedahan" masa tu Ya ALLAH.. bapok la gelabahnye.. nak tukar baju x reti.. dah la butang kat belakang.. seme pakaian dalam kena tanggal.. x selesa gile. sblm tu smpt aku call suami aku suh dtg cpt.. sempat aku minta maaf pada dia.. dah x sempat jumpa sebelum masuk.. sedih la plak. dia balik sekejap. katanya nk datang kul 1. sekali x sempat dgn aku.. huaaaaaaaa

mulut aku mmg x berhenti terkumat kamit. dia punya feel tu lain macam.. leher nak kena kerat.. huuuuu takut. aku baring atas strecher tu.. dia tolak masuk lif khas. pastu..masuklah aku dalam dewan bedah buat kali ketiga..ye ketiga sebenarnya. sbb 2 orang anak aku sebelum ni.. aku dibedah. Kuat x aku? 3 kali dah kena toreh hukhuk...

Bilik tu bau dia.. ermm.. ssh nak citer.. dia punya sejuk.. perghhhh susah mau cakap.. aku cakap dalam hati.. sempat lagi aku nak lari ni.. sempat lagi aku nak cancel ni.. rasa nak turun strecher tu.. nk cakap kat nurse.. x jadik la.. x jadik.. huaaaaa. aku banyakkan istigfar.. Lailahaillaantasubhanakainnikuntum minal zolimin..

Sampai masa... aku ditolak ke bilik pembedahan no. 5. bilik tu belum dibersihkan lagi.. ye ALLAH nak bg aku masa lagi suh igt pada dia.. mmg non stop aku terkumat kamit. Beginilah perasaannye kl kita tau kita nak mati bila.. barangkali x henti2 kita solat .. x henti2 kita baca Al-Quran. Dasyat x apa aku rasa? ke Over sangat? tp itulah perasaan sebenarnya.. sbb aku x tau.. apakah aku akan diberi peluang utk hidup lagi selepas pembedahan ni. Apakah akan berlaku komplikasi2 yang doc terangkan pada aku.. wlwpon komplikasi tu tipis tp ianya boleh berlaku.. 

apa yang berlaku? nantikan seterusnya.. dah 4.54pm.. nak balik dah :)
terima kasih sbb sudi baca.

No comments: