My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 18, 2014

Pengalaman menjalani pembedahan pembuangan kalenjar tairod [Part 1]

Sebelum penyakit lupe aku makin menjadi2 dan makin teruk elok la aku mulakan cerita sket2 pasal operation yang dah aku lalui pada 18hb Februari yang lalu. See? dah sebulan. Genap sebulan pon hari ni. So pantas kan masa berlalu.

Actly, aku patut operate hujung bulan Feb. 26hb kut kl x salah (tgk dah lupe). tp 13hb Feb 2014.. malamnye aku terima call suh cek in wad pada 17hb Feb. Mak aii.. sket punya gelabah. ada satu hari bekerja je utk aku settlekan kerja-kerja b4 bercutiiiii (bercuti la sangat kannnn) .. aku jugak agak panik masa terima call tu sbb mindset aku adalah hjg bln Feb dan aku x bersedia lagi..huaaaaaa

Atas dorongan dari suami, aku akur. kalau nk di tangguh bile la lagi kan?

Cam biasa persediaan nak masuk wad, bawak la segala mak nenek yang diperlukan di wad
Tshirt / Kain batik / Seluar Track / alatan cucian n mandian / segala jns minyak (aku xleh berenggang dengan beberapa jns minyak.. minyak apa? rahsia! haha) / dan buku majalah bagai. duk sepital faham2 je la. bosannye xleh blah. x lupe juga peralatan solat spt kain sembahyang / al-quran / yassin / tasbih digital. Kali ini aku pergi dengan satu naluri perjuangan yang lain dari lain. Mungkin aku over tapi itulah yang aku rasa.. sangat2 lain. Dia punya takut x sama.. wlwpon aku nk beranak operation.. perasaan tu x sama. Kali ini aku lebih bersedia dari segi rohani. hmm.. (hikmah di sebalik setiap kesakitan yang Dia turunkan)

Sampai je kat sepital, check in wad. Aku booked je dulu wad first class, tp aku kena masuk wad pembedahan wanita di tingkat 4, HTAA tu.

Sampai kat sana, dah timbang, catat itu ini. Nurse bg katil. dia kata duk sini dulu ye. sbb kes puan ni biasa pakar x kasi duk first class. duk sini senang nak pantau. Kelas 2 Wad Pembedahan wanita. and, nurse hulurkan sepasang baju hijau utk ku pakai. katanya.. kata sini seme kena pakai 'uniform' nih. xboleh pakai bj lain. wat penat den je bawak baju banyak2.. hehe

Wad Pembedahan Wanita Kelas 2 & 3. Apa yang ada disitu? hm, macam2. segala jenis penyakit yang memerlukan rawatan pembedahan contohnya kemalangan, patah, masalah fibroid, apendiks dan macam2 sakit la yang perlukan pembedahan seme ada. Pesakit kanser yang perlu menjalani rawatan kimo terapi jg ada. huh! Tabah sungguh mereka. Beruntung aku terpilih berada bersama-sama mereka di sini. Ianya mengajar aku erti SYUKUR yang sebenar.

Serius.. perasaan aku bercampur baur. berada di kalangan mereka yang diduga.. berada bersama2 mereka yang sentiasa menjaga solat.. dan sntiasa berzikir.. buat aku sangat dekat padaNYA. Atas banyak alasan dunia semata-mata.. azan yang ku dengar tidak memanggil ku untuk terus berada di tikar sembahyang jika di rumah. Tetapi berada di dalam situasi yg berlainan.. aku terpanggil.. utk sujud padaNYA. TEPAT PADA WAKTUnya. Belum masuk waktu, aku sudah bersedia di tikar sejadah. Walaupon tangan ku ada jarum.. tidak menjadikan itu alasan utk aku susah nak ambil wudu'. Dalam keadaan aku tpaksa mengheret botol berisi air ke bilik air.. aku amik air wudu' tanpa alasan. Mudahnya mendekati mu Ya Rab. Pada mulanya aku cube utk solat berdiri. pada masa tu, di tangan hanya ada jarum. Tetapi setelah dipasangkan botol berisi air kerana aku sudah mula perlu berpuasa. Pada masa begini.. hanya aku dan dia sahaja.. Tahap tawakal dan redha.. tidak dapat aku ceritakan. Sesungguhnya kesakitan yang Allah turunkan padaku kerana dia terlalu rindukan solat ku di awal waktuNYA, rindukan rintihan doa-doaku, rindukan bacaan al-quran dari ku yang terlalu sibuk dgn hal dunia.. YA ALLAH.. [nafas ku hela dalam-dalam]

Sendu tau kl buka cerita bab sakit2 nih. Malam itu, aku diberikan sebiji ubat tidur. Untuk tidur yang cukup kata nurse. Sebelum aku tidur lebih kurang jam 11.00, aku makan dulu.Maklumlah, dah kena puasa kan untuk persediaan operation. Makan malam di hospital adalah jam 6.00 petang. So, suami ada bekalkan nasi grg kampung kegemaran untuk alas perut malam tu. Tp entah kenapa nasi kegemaran dah jadi xde selera plak. aku tgk nasi grg tu dgn satu perasaan biasa sahaja. Namun ku gagah juga la. Sebelum tidur sempat aku habeskan beberapa helai muka surat ayat suci Al-Quran.

Alangkah bagusnya kalau tiap2 malam dapat ku habeskan beberapa helai membaca al-quran sebelum tidur seperti ini..

Sebelum tidur ku sela air mata yang mengalir. Teringatkan perihal suami dan anak3 di rumah. Terutama si kecil yang masih menyusu badan. Bagaimanakah dia mahu tidur pada malam ini.. sedangkan ibunya sndri pon keresahan. aku mengambil inisiatif memerah susu dan buangkan sahaja. Jika susu perahan itu ku simpan, rafeeq masih tidak boleh meminumnya kerana aku dah start makan ubat-ubatan hospital. Sedihnya hanya ALLAH yang tau. Sabarlah duhai sekeping hati

Asar.. bersambung part 2 ye

No comments: