My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 19, 2014

Pengalaman menjalani pembedahan pembuangan kalenjar tairod [part 3]

Rentetan kisah dari sambungan PART 2

hanya yang aku igt pada saat dan ketika ini .. adalah MATI. sebab serius.. kl ko dgr doc cerita dia nye komplikasi mmg takut tahap apa. tp doc bgtau lah.. kebarangkalian tu tipis. sangat tipis. tp BOLEH BERLAKU. sape lah doktor untuk menidakkan yang tertulis betul x?

Antara komplikasi2 yang boleh berlaku adalah ;-

* berlaku pendarahan yang serius sekaligus boleh menyebabkan kematian
* berlaku masalah di saluran pernafasan yang juga boleh menyebabkan koma atau kematian
* berlaku kecederaan di saluran darah. Saluran darah sangat banyak dan halus.. tp kami akan buat sebaik mungkin utk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku.. janjinya padaku
* berlaku kecederaan pada peti suara di mana.. suara boleh berubah selepas pembedahan secara sementara atau kekal selamanya

ada lagi x ek.. x igt. nnt kl ada aku update.

Untuk pembedahan pembuangan kalenjar tairod ni, aku perlu dibius penuh. bius penuh atau separuh masing2 ada komplikasi nya juga. antaranya, aku akan jadi sukar bernafas, semput, badan pon sakit2 kesan daripada ubat bius, ting tong, dan ada lagi.. aku x igt.. aku ada sign beberapa jenis surat.. panjang.. serius x igt.. aku iyakan aje apa doc cakap.. dan aku bergantung penuh pada kepakaran dia mengendalikan aku jika berlaku apa2 kecemasan. Selebihnya ALLAH punya kuasa. aku baca kandungan surat tu... apa implikasi2 nya.. tp kl tanya skrg.. nak nyatakan satu per satu.. aku x leh nak recall balik.

ok back to dewan bedah.

sampai je aku kat bilik no.5.. staff nurse jerit kat pekerja nama ALI. nmpk bukan warganegara Malaysia. tp x pasti la. Ali, cepat kemas.. patient nak masuk nih. cepat2la budak tu kemas.. aku nmpk ada darah kat bawah.. atas lantai.. tp aku buat2 x nmpk. uih... lemah semangat mak .. mak xleh tgk darah kubang2 ni.. mak pengsan. sat g xyah bg ubat bius.. mak pengsan sndri.. camne?

ada la dalam 10 minit dia kemas bilik tu. aku pon di tolak masuk. sejukkkkk je dalam tu. cam biasa la.. cam x pernah masuk kan. dah 2 kali beranak ceaser.. bapok la sejuknya. masa beranak ceaser bius separuh so sedar. bila sedar.. kesejukan tu.. kita boleh rasa.. meresap ke tulang.. ni dah "mati" mana nak rasa kan.. huhu

ok.. mula2.. aku di angkat ke katil lain yang mmg ada dalam bilik tu. dongak ke syiling.. cam biasa.. nmpk la lampu pembedahan tu.. serammm. Dlm hati.. x putus2 berzikir.. 
Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. mmg x putus. hanya putus dgn amik nafas je.

Then dia masukkan ubat pertama... sakit sket ye kak.. kata pakar bius yang dah jumpa aku petang smlm. dia kata dia akan teman aku sampai abes operation. bgs dia nih.. tepati janji. aku sedar.. aku x sedar.. dan sedar balik.. dia masih di sisi aku. dasat x korang? hehe

ubat tu? mmg sakit.. meresap ke dalam urat huh!!.. nk lap peluh xleh sbb kedua-dua tangan dah di depa ke kiri dan kanan dan diikat. juga dipakaikan dengan baju sejuk khas. x lama lepas tu dia cakap lagi.. kak, saya nak bius akk ni.. kejap lagi akk x sedar..  aku cepat2 amik masa yang ada.. aku mengucap..

"Ashadualla illa haillallah... Wa'ash haduanna Muhammad dar Rasulullah"

Dan berselawat 2-3 kali.. aku rasa selawat terakhir tu mmg x sempat habis pon.. aku dah x sedar. aku sempat tgk jam sblm di bius. jam 1.05 tengahari.

entah apa la doc tu buat kat aku kan? dah aku x sedar.. sedap la dia toreh, gunting, kelar2, koyak leher aku ni hah.. buatlah sesuka hati.. pastu last2 dia gam kan balik. ye leher aku yang dia kelar tu.. sepanjang 8cm tu.. dia gam je.. ngeri mak tgk..

kl aku dpt peluang tgk video dia kelar leher aku..  agak2 camne ye? ngeeeeee... x terbayang!

dah panjang ke lom entri ni? nak sambung ke nak teruskan?

ok teruskan sket lagi. ;) 

sedar x sedar.. aku sedar je.. mata buka.. tp kabur. pandangan x clear. hanya aku nmpk.. 
suami aku, papa aku, ibu tiri aku, adik2 ku. pastu aku x sedar semula. pastu sedar2.. aku dah pakai uniform hijau wad tu semula.. dan berada di katil kat wad. entah camne la dorang angkat aku yang berat nih haha.. 

aku ada beberapa keping gambar. tp xleh la nk letak kat blog. x sesuai. mungkin sape nak tgk leh minta secara personal. mungkin diri sndri nak kena bedah ke.. nk tgk sekali ke atau camne kan.. blh dipertimbangkan la.

aku berada di wad. aku tanya jam berapa skrg. jam 7.00 malam. wah!!.. super lama. aku doakan patient lain cepat siap operation.. supaya aku dpt di bedah.. tp aku sndri.. punyalah lama kan? x sangka aku akan selama itu.

suami aku cakap.. dia dah x tau nk cakap apa.. sorang demi sorang keluar.. aku x keluar2.. lebih kurang 5 jam pembedahan dan 1 jam di wad pemerhatian. doc kata paling lama.huhu

Malam pertama tido di wad, adik yg bongsu teman. org lelaki xleh teman situ. wad pembedahan wanita. mungkin patient lain x selesa kan. yelah.. peneman kita tu la.. akan teman kita ke tandas bagai.. nnt pesakit lain x selesa la kl ada lelaki kan. tambah lagi.. anak2 ku di rumah tiada siapa nak tgk2 kan.. abah dia la jadi peneman.

kat leher.. ada seletep yang menutup garis pembedahan tu. then ada 2 wayar di kiri dan kanan leher. di hujung wayar tu ada 2 botol drip. dalam botol tu ada darah. darah kotor yang keluar selepas pembedahan. nk g memana usung la botol2 drip darah tu. aku jadi kebal tgk darah .. dah? melekat je kat aku.. ke hulu ke hilir 2-3 hari. hok xleh tgk jadi boleh tgk darah kan.. darah tu makin hari makin kurang la.sampai kering habis br leh balik.

malam pertama aku xleh tido. di tempat bedah x sakit apa2 lagi.. sbb bius masih ada kut. ini sakit lain..

sakit apa plak? hrmmm....

4 comments:

farin said...

Ngerikan kalo ingat balik.. as dulu pm lama gak.. masa tu mak ngan suami ( masa tu tunang ) tunggu.. dr pg samp petg bru siap.. lpas tu trus ditolak masuk icu sbb komplikasi pernafasan... suami ckp bila thu msuk icu je trus diorg mluru masuk blik icu tgk nurse ngan doc tgk pasang mcm2 wayar.. tergamam diorg sampai meleleh airmata... bila kenangkn blik mcm mati hidup semula

eima said...

semoga selepas ini Allah ko kesihatan yg baik² sahaja ye zue

Awang Yda said...

Akak, nak kongsi pengalaman.. Ni no sy 0192840728.. Harap sudi berkawan

Cyrus™ said...

Assalamualaikum akak..sy pun bakal dibedah ni ats nsht dr..tp.msh brkira2 lg ni utk buang atau x..sy punya sbelaj kiri je..kanan msh normal..hormon msh stabil means thyroid sy hya goitre toxic shja..x effect hormon lg..kli ikut dr ckp hr tu..lps buang sebelah ni life normal blk dh xprlu ambik ubt hormon..but then kena follow up jgklah takut yg sebelah lg effected dan tiba2 hormon x stabil..sy plg risau bab lps buang tu..takut mengenangkan hormon x stabil dlm bdn..klu akak sudi blh x sy nk brckp personal dgn akak..ni no sy 0109001773