My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 20, 2014

Pengalaman menjalani pembedahan pembuangan kalenjar tairod [part 4 - Tamat]

Sambungan dari PART 3 

Panjangnye kesah. aku tidak berniat nak wat panjang2.. tp dah jadi sepanjang ini. Cubelah untuk cepat2kan habes ye. 

Aku bukanlah penulis blog tegar.. tp berkenaan tairod ini.. aku rasa ingin berkongsi rapat di blog kerana sblm aku wat keputusan nk jalani pembedahan.. banyak info yang aku cari.. tp gagal. Jadi aku harap.. aku dapat membantu walaupun x banyak.. sedikit pon Alhamdulillah.

Malam pertama di wad selepas pembedahan..aku dikawal rapi. Pembedahan pembuangan kalenjar tairod ni perkara biasa bg doktor pakar di HTAA nih., tetapi kes aku jarang. So, doktor pakar mmg pantau. Sape cakap servis hospital kerajaan x bgs? tidak betul tu. aku rasa servis mereka dah banyak berubah dari dulu. doktor pakar sntiasa ada. round wad every 2-3 hours.ok dah melalut. kes aku adalah totally thyroid removed. atau cakap senang.. kalenjar tairod ni dibuang sepenuhnya. biasa kes kena buang 1 kalenjar sahaje. so ada lagi 1. dan ada jgk nasib x baik.. yang tgl 1 tu kena buang jgk.. dah kena operate 2 kali.. tp ada yg ok je.. sampai bile2. tapi.. jika telah dibuang kedua-duanya.. maka perlulah bergantung pada ubat hormon seumur hidup. Masa aku dalam proses nk buat keputusan sama ada nk operate @ tidak.. dgr kena mkn ubat seumur hidup.. sudah ckp untuk memberatkan hati supaya x jalani pembedahan ni.

kenapa doc nak buang kedua2 kalenjar tairod aku? kenapa x buang 1 je? sebab kedua-duanya telah bengkak. jika dibuang satu sahaja.. kebarangkalian operation kedua.. adalah sangat tinggi. jadi sekali lagi aku berserah. kerana ini jugaklah aku tidak ditempatkan di wad kelas pertama. susah nak pantau katanya.

Malam tu, aku tidak dapat tido lena sampai pagi. Sebab mengalami masalah kebas2.. bukan sket2.. tp banyak. Tangan dan kaki mula kebas bila ubat bius dah hilang dr badan. X cukup dengan itu, mulut pon terasa kebas. doc yg round wad jam 2 pg, aku beritahu. setelah perbincangan, aku telah dimasukkan ubat "serum calcium" melalui wayar di tangan. pada jam 6 pagi.. darah ku di ambil utk cek balik kandungan kalsium dalam badan ok atau tidak.

Sekali lagi aku diuji. kandungan kalsium sangat rendah. doc ada tanya, ada rasa kebas di rahang kiri dan kanan muka x. aku cakap xde. so aku start mkn ubat calcium utk + kalsium dalam badan. Banyak komplikasi boleh berlaku jika kekurangan kalsium dalam badan. yang paling utama adalah masalah jantung. takutnya lah pada masa tu.. tp aku redha je.. aku biarkan doctor wat kajian ke atas aku.. Kekurangan kalsium jugak menjadikan aku mudah rasa kejang sekarang. ye sekarang aku selalu kejang2... itu, nnt aku cerita ye.

menjadi bahan ujikaji di hospital adalah sesuatu yang aku kurang suka. kehadiran doktor pelatih mengelilingi katil.. oh!.. tidak dapat ku elakkan. utk kes2 terpencil macam ni.. for sure la dorang suke kan.. leh wat exam kat aku. aku la penat nak jawab soalan yg sama berulang kali..hukhuk.

Alhamdulillah, selepas operation, aku boleh bercakap macam biasa. suara cume ada serak sikit je.. doktor berpuas hati. Doktor pakar yang cek aku dari awal, operate aku dan selalu datang tanya tu nama dia dr. faizal. dia antara pakar terbaik di HTAA. lemah lembut sgt orgnya.. adalah beberapa pakar lain. seme nya baik2 sahaja. layanan 1st class. 

Doc Faizal cakap. saya gembira semuanya berjalan lancar. Saya agak terkejut kerana kalenjar tairod itu sangat besar. lebih besar dari jangkaan saya. Syukur awk dibukakan hati untuk menjalani pembedahan ini jika tidak pada masa akan datang kita tidak tahu apa akan jadi. Kalenjar tairod itu sudah menyentuh saluran pernafasan awk. Ianya membengkak di dalam. Kita sudah cuba sehabis baik.. tiada masalah lain kecuali saluran kalsium awk terluka sedikit. Disebabkan itu, awk menghadapi masalah kekurangan kalsium. Tapi jangan risau.. kita akan pantau. Katanya sambil tersenyum manis.

Bila aku tanya, apa yang boleh saya makan doktor? dia jawab soalan aku dgn pertanyaan.
"awk nak makan apa?" .. dia senyum. makan semua.. semua boleh. sabar aje la doktor.. seme boleh ye. xyah pantang2 katanya haha.. dah disembelih nya leher aku.. dan kemudian.. boleh makan semua.. haha.

aku las makan adalah pada hari isnin malam. hari selasa mmg x mkn apa2.. hari rabu.. petang baru aku boleh mkn. itupon telan perlahan2. bubur je tp kebetulan doc faizal lalu.. dia tanya kenapa makan bubur.. nurse, lpas ni patient ni bg nasik ye. jgn bg bubur. nnt lambat baik katanya. pulak dah!!

Hari kedua operation, sebelah petangnya.. aku dipindahkan ke wad kelas 2 semula. asalnye, selepas operation aku ditempatkan di kelas 3 sbb dekat dgn kaunter nurse. kat situ mmg tempat org2 kritikal. mudah untuk nurse pantau. Lepas dah ok, aku dipindah ke belakang semula. Sebelah kanan, cina yang operate breast cancer. dia dah ok.. nmpk dah senyum2. sebelah kiri.. makcik tua yang sakit usus tu. x berapa lama aku duduk je.. dgr bunyi kentut2 di sebalik tabir. dia tutup tabir masa tu. alamak!.. tekak aku ni spesis geli jgk kut sebenarnya. tgk beg kencing pesakit kat katil pon aku x leh tau.kembang tekak. isk isk..tp aku kuatkan semangat.. aku redha.. wat pekak je. seme org sakit kat sini. dan akhirnya aku dah x dgr bunyi kentut tu. Mungkin ini rahmat nya bila kita redha. dia pon xnak cam tu. dia pon malu. Usus makcik tu dah di operate. dia xboleh buang air besar secara normal. sisa najis akan keluar melalui saluran usus yang dah ditebuk tu. serius.. seriau tgk usus dia duk kat luar cam tu. dan mmg najis ada dalam beg tu. naseb aku baik sbb beg najis tu ada belah kiri.. so aku x nmpk. aku x tau kl aku leh nmpk aku leh wat2 x nampak atau x. Allah memelihara aku disini. Sekali lagi aku tabik springgg dgn nurse2 baru yang x habes belajar lagi. dorang kena tukar beg najis tu beberapa jam sekali. aku xde dgr pon suara dia cam nak muntah ke apa.. tabah hokey!.. besar pahala ko nak pilih kerjaya ni.huhu..

Dipendekkan cerita ye.

Aku berada di wad selama 5 hari. Itupon, doc xnak lepas lagi jumaat tu sbb kalsium x cantik lagi. aku masih rasa kebas2. tapi aku merayu pada dia.. wat muka sedih sket.. igt anak2 kat rumah.. dia bg tp bersyarat. ubat kalsium jgn miss dan kl kebas terasa hingga ke muka.. cepat2 dtg hospital. huh!.. keluhan berat ku lepaskan.. dan aku setuju.

Doc bg mc pada aku dari tarikh masuk wad iaitu 17hb feb - 2hb Mac (14 hari sahaja). Tapi atas dasar kesihatan dan aku rasa aku masih perlukan rehat secukupnya.. aku ke klinik kesihatan terdekat pada hari isnin 3hb Mac untuk dapatkan Mc lanjutan. So, aku dapat lagi mc 3hb mac - 10hb mac. Rehat secukupnya dan mulakan kerja.

inilah pengalaman pembedahan yang aku alami. cukup menakutkan. Aku harap korang semua jagalah kesihatan. nanti aku akan cerita, apa implikasi2 jika aku tidak buang tairod ini, apa implikasi kurang kalsium dalam badan, apa yang boleh dan tidak boleh dimakan selepas pembedahan ini ye.

Terima kasih kerana sudi baca pengalaman ini. Doakan saya sihat dan cergas seperti sediakala ye.. Tenkiu

TAMAT.

14 comments:

bunga_rose said...

aku doakan ko sentiasa sihat dan dipelihara dalam lindungan Allah zue.. moga takde komplikasi lain lepas operate ni..

eima said...

seoga lepas ni ko semakin sihat ye zue.....

P.A. said...

apapun kuatkan semangat ye Zue...As dah pernah rasa mcm mana peritnya nak hadapi saat2 dibedah dulu...Alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan As rasa makin yakin Dia bagi kita sakit, dan Dia saja yang Menyembuhkan...semoga cepat sembuh ye :)

myxa said...

zue, sori miza baru baca.. semoga cepat sembuh.. :)

myxa said...

miza baru tau.. semoga zue cepat sembuh.. :)

Mama Mc Da said...

samalh kita.sy pun bergantung dgn ubat seumur hidup utk hormone tiroid.alhamdulilah skrg dh 5 tahun berlalu.every month checkup darah tgk t4 ok ke tak :) moga kita sentiasa dlm rahmatnya.

Unknown said...

salam..sy br baca blog ni..sy akan dibedah pd 6/5/2015..buang sblh je..seram jugak..tp blog yg sebegini byk membantu..tk

Shimah Rafique said...

sis boleh bg no phone tak..sy nk tnye psl thyroid.. sy pun bakal dioperate..

Unknown said...

Assalamualaikum, sy juga mempunyai pengalaman yg sama. Hanya Allah yg tahu perasaan masa ni.. Fyi, sy baru 2hari operate.. Masih dlm proses nk biasakan diri dengan takdir ni.. InshaaAllah ini yg terbaik rancangan Allah.. Sy akan mengikuti nasihat n pengalaman akak ni.. Tq so much

Nor said...

Assalammualaikum...

boleh share cemana life sekarang, selepas kelenjar tiroid takde? still kene ambik kalsium? Apa lagi yg kene ambik selain hormon?

Anonymous said...

asalam..sya mglami tairod..doc ckp buang sebelah jea..humm hrp depermudahkan..awk bole kuat xkn sya xboleh kan

Daud Mohamad said...

Salam semua..jemput singgah blog sy dan ketahui rawatan alternatif yg mungkin dapat membantu pesakit tiroid insyaAllah

Unknown said...

assalam sis..bole x share keadaan sis skrg? sbb sye pon alami bnda y sme mcm sis..bru je lpas oprate smnggu..

Anonymous said...

Salam sis. Bole kongsi lebih lanjut.. i baru lepas operated buang both side. Ni ws 0196620633