My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 12, 2014

cuaca yang panas

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fenomena cuaca sejuk di beberapa tempat di Malaysia. Hmm.. Pahang tidak kurang juga dari mendapat kesannya.

Aku igt lagi..dalam 2 minggu tu.. cuaca mencecah 21 darjah celcius! Di rumah, kipas hanya berputar seakan2 segan saje. no. 1 dan 2... tu pon no. 2 dah sejuk sgt dah.. Nak mandi dah satu hal..  Suruh anak2 mandi? lagi lah satu hal.. mmg sejuk. Kakak ke sekolah pon pakai sweater. Sejuk katanya. Rafeeq plak tidak dibenarkan mengikut abah menghantar kakak ke sekolah lagi tiap2 pagi kerana dikhuatiri mendapat demam selsema. Mengamuk la dia.. sbb mmg hobi dia sekarang naik motor hari2..tiap2 pagi.

Tp.. Now! cuaca sudah berubah... tiada lagi rasa nyaman.. Malam2 sudah terasa kehangatannye.. Kipas sudah di mode kan ke no. 3.. itu lah no paling tinggi. EH! aku rasa kipas dulu2.. ada sampai 5 nombor..huhu.. tapi tetap panas dan berpeluh2.. tiada lagi kelihatan anak2 mencari selimut sebelum tidur.

Mmg panas la.. panas yang berhabuk dan terik!.. anak3 bertiga sedang demam, batuk dan selsema. Tidur malam pon x lena. Aku dah pesan siap2 pada kakak dan abg ngah pg td sebelum ke rumah pengasuh.

1. jangan minum air batu / air sejuk
2. banyak minum air masak
3. makan ubat

harap2 mereka mendengarlah titah ibunda yang berkerja ini. Kalau ku cuti..  boleh mereka aku tgk2 kan dan pastikan mereka minum air putih secukupnya.

Tips di musim panas

1. air putih sekurang2nya 2 liter sehari
2. kurangkan aktiviti luar rumah
3. pasang aircond! (**,)

oh ya!.. dah 2 bulan kami berkampung tidur di ruang tamu rumah.. akhirnya bil elektrik yang sampai RM30 sahaja.. perghhhh!!.. mmg hebat.. time tidur dalam bilik, pasang ekon sampai pagi.. bil mencecah RM60.. toink!.. toink! .. 

notadikaki; cuaca sejuk.. mengeluh.. sejuknya..sejuknya.. cuaca panas.. mengeluh jugak.. panas.. panas..  Jadikanlah kami dari golongan yang tahu bersyukur Ya ALLAH. Ameen!

1 comment:

eima said...

cuaca panas kering skrg ni byk dah rumput aku kerng kat blakang rumah tu ....