My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 24, 2014

Terima kasih SK PANDAN

Terima kasih pada Guru Besar dan semua guru-guru di SK Pandan. Terima kasih sangat2.. apa yang kalian buat adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir di kotak fikiran ku.

Seperti pic di atas, itu adalah sekolah anak ku sekarang. Ini adalah tahun kedua. Bangunan yang kelihatan di sebelah kiri tu.. adalah bangunan kelasnya. Masa dia darjah satu.. kelasnya berada di aras satu. bawah adalah groundfloor. di bhgn bawah hanya ada satu kelas sahaja dan dewan utk pelajar berkumpul.

Terima kasih yang tidak terhingga untuk suami tercinta kerana pengorbanannya tidak ternilai. Setiap hari, dia akan menghantar kakak ke sekolah.. hingga ke pintu kelasnya. Maklum saje lah.. beg kemain la beratnya.. sedang dia halus je. kesian sgt. Ibu bapa mmg tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Hanya boleh setakat di pintu pagar sahaja. Tetapi aku sudah pon bertemu dgn pihak sekolah untuk mendapakan kebenaran khas supaya abahnya boleh keluar masuk menghantar dan mengambil umie di kelas. JAGA sekolah pon dah kenal.. xperlu tunjuk surat kebenaran lagi.

Darjah dua, kelasnya adalah di aras 2. Sebelum sekolah buka lagi.. mmg hati ni dah runsing. camne la kakak nnt. kemain tinggi kelasnya. Tetapi apa yang mengejutkan, semasa hari pendaftaran darjah dua, kami naik ke aras 2.. tetapi tidak jumpa nama kakak. ada seorang pakcik bgtau.. Kelas B di tingkat bawah sekali iaitu di groundfloor. Kami pon turun, dan mmg betul kelas di tingkat bawah. Satu-satunya kelas di bhgn bawah itu digunakan utk darjah 2 Bijak. Aku dan suami sangat2 bersyukur.. di dalam kelas tu juga ditempatkan seorang lagi budak istimewa. Nur Qistina namanya. kakinya bengkok ke dalam.. pergerakan agak terbatas. utk menaiki tangga mmg mustahil.

Alhamdulillah.. TERIMA KASIH SK PANDAN di atas keprihatinan.

Aku x tau ada yang igt atau baca ke tidak. ada keluar di harian metro masa mula2 sekolah buka dl. seorang ibu merayu pada pihak sekolah supaya kelas utk anak nya (yg berkerusi roda) ditempatkan di tingkat paling bawah.. tetapi sekolah menolak atas alasan.. sukar untuk menukar kelas yang telah ditetapkan..

What? sistem itu manusia yang buat.. tiada keprihatinan langsung! budak itu mencari sekolah lain di sekitar KL yang sangat jauh dari rumahnya.. tp ada kemudahan lif. syukurla dia jumpa penyelesaiannya. Tapi.. hmm sekolah lama itu mmg takde hati perut langsung.

1 comment:

eima said...

SK Pandan .....

alhamdulillah ... semua tu manusia yg buat ...
TQ cekgu & guru besar sekolah berkaitan ....

aku cadangkan hang buat ucapan tahniah secara bertulis kepada Ketua Pengarah pelajaran Malaysia untuk tunjukan perhargaan dan terima kasih hang ...