My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 9, 2013

Musibah menimpa [Adikku]

Tahun 2001 - Banjir besar melanda KUANTAN. Tetapi pada masa tu..hanya sebahagian kecil sahaja yang dilanda banjir teruk nih

Lebih 10 tahun berlalu.. banyak perumahan2 naik.. banyak kemajuan di bina di bandar Kuantan.. tetapi sistem perparitan dan perlongkangan.. tidak disediakan secukupnya.. tidak diselenggara dengan baik

Bagaimana?

2013 - Akhirnya hujan tanpa henti sejak dari hari sabtu - hingga selasa.. KUANTAN di landa banjir besar.

Baru semalam aku sekeluarga membanting tulang membantu adik kedua ku yang baru sahaja habis pantang "membersihkan" rumahnya. Sangat sedih. Dia hanya murung sahaja.. melihat semua barang2nya musnah. Air melepasi paras dada. Tiada apa yang boleh di selamatkan.

Pada hari kejadian, mmg hujan sangat lebat. Adik yang masih belum mula bekerja ditinggalkan di rumah ibu mertua oleh suaminya. Suaminya tanpa berfikir 2kali, terus ke tempat kerja di PEKAN, kira2 60km dari Kuantan. Wlwpon hujan lebat, tp keadaan sekeliling masih terkawal. Suami pula ke tempat kerja dgn menaiki kereta si isteri kerana keretanya breakdown.

Jam 11 pagi.. adikku call suaminya minta balik kerana air sudah mulai naik. Dan sudah menerima arahan supaya berpindah. Si suami bergesa2 untuk balik NAMUN.. air telah mulai naik di jalan PEKAN - KTN. Kereta sudah tidak boleh dilalui. Menunggu jalan dibuka semula jam 3.00 petang, barulah si suami meneruskan perjalanan. Namun.. tiada apa lagi dapat diselamatkan.. walaupun baju sehelai. air yang sgt deras paras pinggang sangat membahayakan jika dia meneruskan niat untuk pulang kerumah dan selamatkan apa2 yg ptt.

Adik pula tidak mampu berbuat apa2 kerana di kawasannya sudah mulai dinaiki air. Kereta sudah tidak boleh digunakan lagi di atas jalan raya. Ini adalah banjir terbesar pernah menimpa Kuantan.Air naik dgn cepat tanpa sempat berbuat apa2.

Sudahnya, sebijik kereta yang rosak td ditenggelami air. Barang2 kesayangan semuanya musnah. Album kahwin, sijil2, hadiah2 untuk baby banyak yang perlu dibuang.

Ya ALLAH.. tabahkan lah hati adikku dan suaminya. Limpahkanlah rezeki padanya supaya dia dapat memulakan hidup baru.





 Si suami ni plak peminat tegar kamera2 lama (old school) . Peminat tegar novel2 karya Ramlee Awang Murshid.. Peminat juga komik2 english yang aku sendiri pon x faham.. kenapala dia minat sgt komik2 tu.. habes kesemua koleksinya.. 

Bertabahla ..

2 comments:

eima said...

kesiannye...
mudahan adik zue kuat .. memula banjir tu aku teringat 2 org je .. ko ngan mak bunga... sbb dgr cite beserah pun teruk ....

ko dok indera mahkota ke zue

deelira@deeliraz said...

mudah2an cam tu la manja.

Terima kasih sbb igt kat kami ni. aku duk pandan damai 2, jalan ktn by-pass.. kawasan paling teruk di landa banjir. 90% tenggelam nmpk atap.. syukur rumah aku x terlibat.