My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 9, 2013

Kuantan Banjir!

Allahu Akbar.. Allahu Akbar! Sesungguh setiap kejadian yang datang adalah dengan kehendakNYA. Tidak mampu kita lawan .. tidak mampu kita menentang .. Redha la dalam ujian yang diberikan

KUANTAN dilanda banjir besar.. (speechless)

Pada hari Selasa, aku dan rakan2 sepejabat bergerak ke Muadzam Shah dari Kuantan pada jam 7 pagi. Perjalanan dari Kuantan ke Muadzam Shah hanyalah lebih kurang 1jam 30 minit. Sepatutnya sebelum jam 9 pagi kami dah selamat sampai.. tp kerana cuaca hujan yang sgt lebat.. maha lebat.. perjalanan kami terkandas.

Banyak kawasan dah naik air. Di kawasan Batu 12, Taman Mahkota Aman.. penuh kereta berkumpul.. air melepasi paras pinggang. Tapi di lalu sebelah ke Muadzam..jalan masih ok. Tapi serius..dalam hati mmg x tenang langsung nak outstation ni. Benda dah dirancang.. kena pergi jugak.

Sampai je di Jalan Ktn - Muadzam 

Ini la yang terjadi. jambatan kalbod ni dah runtuh sebelah..hanya boleh di lalui sebelah sahaja. Oh My!.. kami seme sebanyak 3 biji pajero risau kemain. "boleh balik x kita ni?"
Tawakal sahajala.. 

Semasa mesyuarat bersidang, hati mmg x tenteram sebab kawan2 pejabat di Kuantan asik hantar wassap.. wassap berita dan gambar banjir. Bos cepat2 habiskan meeting. Jam 1 seme dah selesai.. dan nak gerak balik.

Sebaik sahaja kami sampai di satu simpang, ada signboard tulis

TANAH RUNTUH!.. LALUAN DITUTUP KEPADA SEMUA JENIS KENDERAAN

okay!.. Driver terus belok jalan alternatif. sepatutnya dah boleh sampai Kuantan jam 3 ptg. Tetapi kami sampai Kuantan jam 6 petang.. masa tu Kuantan dah huru hara..

Berdiri bulu roma aku melihat Kuantan yang huru hara.. kecoh sana sini.. 

Jalan Kuantan By-Pass 70% dah tenggelam.. MasyaALLAH... 

 Rumah kampung di kawasan Bukit Rangin, Jalan By-Pass
 Perumahan baru di Taman Pandan Damai. Jalan Kuantan By-Pass
Baru diduduki kira-kira 2tahun [Paras dada]
 Pandan Damai 1
Tiada apa yang dapat diselamatkan, air naik dengan cepatnya.
Hujan tanpa henti selama beberapa jam, rumah hanya nmpk bumbung sahaja
banyak kereta tersadai
SANGAT BANYAK

kawasan2 lain yang turut terjejas teruk
 Perumahan Cenderawasih
 Sempadan Kuantan - Kemaman
 Batu 5 - kawasan Paya Besar
 Tanah Putih
Putus hubungan dengan bandar
 Permatang Badak
 Masjid Al-Fatah, Batu 3

Rumah aku, syukur Alhamdulillah.
Rumah mak aku, Syukur Alhamdulillah

Tapi ada saudara terdekat aku terlibat dalam banjir ni
next entry k

 

No comments: