My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 10, 2013

surat layang untuk adik

Bukan tiada daya usaha.. bukan juga begitu cepat berputus asa.. sesungguhnya telah aku usahakan sedaya upaya

Demi Tuhan, aku sungguh bersedih apabila niat aku tidak dapat dilaksanakan sebaiknya.. tp kita hanya merancang ALLAH yang menentukan segala-galanya

Maafkan ibu adik.. kerana tidak dapat susukan adik sepenuhnya selama setahun.. apatah lagi 2 tahun seperti yang ibu bisikkan ke telinga adik sewaktu kita mula2 bertemu dulu.

Gigi adik yang tumbuh dengan cepat dan terlalu tajam itu telah membuatkan impian dan cita-cita ibu tidak berjaya.

Ibu telah berusaha meletakkan ubat dan melakukan pelbagai petua yang dicadangkan oleh teman2 dan juga daripada pembacaan di internet. Tetapi, ianya tidak cukup membantu dik. Ibu sungguh kasihan pada adik tatkala melihat adik menanges2 mahukan susu ibu.. tetapi ibu tidak boleh memberinya. Ibu harap adik faham dan tidak begitu kecewa.

Adik.. sedayanya.. sehingga kini adik telah pon menjangkau umur setahun.. adik masih bf dengan ibu kan? walaupon terpaksa di campur. Syukur Ya ALLAH, bg ibu ini adalah kejayaan buat ibu. Kerana pada masa yang lalu, dengan pengetahuan yang begitu cetek.. ibu tidak pernah berniat mahu susukan kakak dan abang adik dengan susu ibu.. ala kadar sahaja.

Adik, kita teruskan penyusuan ini selagi terdaya ye dik. Walaupon masih sakit dan perit tatkala kita habiskan masa bersama2.. tetapi ibu menahannya. Wlwpon kaki ibu sampai kejung2.. air mata menitis2..tetapi ibu tetap cuba utk memberikan apa yang menjadi hak adik.

Adik.. maafkan ibu sekali lagi..kerana adakalanya ibu terpaksa mengepit hidung adik supaya adik melepaskan hisapan di mulut. Itu sahaja caranya boleh ibu lakukan jika tidak dapat menahan kesakitan... sangat sweet muka adik marah masa tu ;-)

Semoga adik membesar dengan sehat dan bijak. Ibu sentiasa bersabar dan akan terus bersabar dalam membesarkan adik yang agak banyak kerenahnya dari kakak dan abang adik. Ibu tahu.. ALLAH sedang menduga kesabaran dan keimanan ibu dengan kehadiran dan feel adik.

Akhir kata adik.. ibu sayang dan Cintakan adik.. jadi anak yang soleh untuk ibu & abah.. jadi adik yang baik dan paling comel untuk kakak dan abang ye ..

Tulus ikhlas,

IBU.

3 comments:

eima said...

ala sedihnye ,.... aku tak dpt bygkan ..tp aku tahu raskit tu rasa cam ne ...huhu

deelira@deeliraz said...

eima,

huhu..sangat sakit.x tertanggung.

hazlina azmi said...

Insya Allah niat yang ikhlas itu akan mendapat pahala..saya pun nyusukan anak x sampai setahun jugak..:)

blogwalking....feel free to visit blog saya pulak dan be my followers ya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/