My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 15, 2013

masih seperti biasa walaupun puasa

Alhamdulillah syukur dengan setiap rahmat ALLAH

Aku sebenarnya sedikit berdebar. Nak puasa dan dalam masa sama nak pam susu. My Rafeeq minum susu fresh so hari2 stok mesti cukup. Tetapi memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelang x lama je lagi.. rasa bersalah menyelubungi diri kerana puasa yang ditinggal masih berbaki untuk diganti.

Lantas.. aku kumpul segala semangat dan berdoa pada ALLAH semoga DIA permudahkan segala urusan dan membantu ku dalam setiap perjuangan

perjuangan untuk mengganti puasa
perjuangan untuk pam susu seperti biasa

Aku bangun sahur jam 5.00 pagi. Makan nasi, lauk ayam dan air masak suam 3 gelas.

Alhamdulillah sampai sekarang dah nak pukul 12tgh..aku masih berpuasa dengan tenaga yang masih kuat. Aku jangkakan.. aku perlu banyak rehat dan sedikit ketar akibat dari kurang air. Tapi .. tidak. segalanya masih seperti biasa.. 

hasil pam susu jam 10 pagi td.. 

5 oz dalam masa 2-3 minit. Kalau x puasa.. lepas pam aku minum air masak 500ml.. tp kali ni cabarannya berbeza. Tekak ada rasa sedikit dahaga.. tp masih lagi ok..

Banyak hari lagi nak ganti ni.. InsyaALLAH.. moga2 dapat diselesaikan..

Nota : Ramadhan yang lalu.. aku tidak dibenarkan berpuasa sebab ada kencing manis waktu hamil dan perlu cucuk insulin setiap hari..