My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 29, 2013

ulser mulut

Ya ALLAH KAU sembuhkanlah penyakit anak ku Reena Zulaikha. Sesungguhnya tidak sanggup ku melihat dia dalam keadaan sebegini.

kakak dah demam dari minggu lepas. Akibat dari panas yang melampau, mulut dia pecah2 atau lebih dikenali sebagai ulser. Aku intai dalam mulut dia.. nampak la ulser tu.. Then malam ahad baru nih.. g klinik.. doc suluh dalam mulut.. terkejut aku. Banyak gile ulser tu. di merata2 dalam mulut dia.. patut la dia asik merengek je.. makan pon x mau. Dahla orangnya kurus je.. ni x mkn.. terus turun berat badan dia

contoh Google
 
Sharing is Caring. Ni seme aku dapat dari Google ;
 
Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini ?
 
Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.

Tanda-tanda

Tanda-tanda yang selalu dirasai :
bullet
tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
bullet
ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
bullet
sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab-sebab terjadinya ulser mulut

Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :

bullet
kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
bullet
daya menahan sakit yang lemah.
bullet
kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
bullet
tekanan perasaan (stress).
bullet
alahan kepada makanan seperti nanas dsb.
bullet
penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
bullet
pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan

bullet
jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
bullet
kurangkan air berasid.
bullet
gunakan antiseptik untuk berkumur.
bullet
letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
bullet
letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
bullet
minum air dengan banyak.
bullet
elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
bullet
ambil mineral zink dan zat besi.
bullet
tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
bullet
vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
bullet
untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
bullet
pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.
 
Buat pemeriksaan lanjut

Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya :
bullet
ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.
bullet
ulser berdarah.
bullet
tidak sembuh dalam masa 3 minggu. 
 
Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.

kakak dah dibawak ke klinik.. doctor kasi ubat titis. Bonjela pon ada.. harap kakak cepat sembuh k.. ibu sgt ssh hati :(


 

5 comments:

eima said...

aku cadangkan ko guna difflam dear .. harga mungkin mahai sikit la satu tiub dlm RM 20 cam tu ... cepat sembuh dan ade rasa kebas lepas sapu boleh mkn tanpa masalah....

umi ni stress kat sekolah ke

Ibu Amirul said...

Cian dia... Moga cepat sembuh ye...

bunga_rose said...

kesian umi... dah laa kecik je, tak makan lagi laa kurus weh...

aku sendiri klu kena ulser pun macam ke ape ngadu kat suami sendiri, ni kan pulak budak beso dia tu weh...

harap2 anak2 kita cepat sembuh kan zue..

Qhaifa Nur said...

ulser memang pedih dan tak selesa dibuatnya...jangan kata anak-anak, kita sendiri pun tak selesa juga...

moga cepat sembuh......

Anonymous said...

ada ke ulser kat hujung mulut? Saya nak telan air liur pun sakit. Taktahu lah apa yg kat hujung ni, ulser ke apa ke saya pun taktahu :(