My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 10, 2012

kenapa, bagaimana dan bila?

Ramai teman2 bertanya;

Sesungguhnya persoalan itu tidak dapat kami sekeluarga menjawabnya kerana kami tidak membenarkan post mortem di lakukan pada si kecil ini. Cukuplah setakat kami redha melihat keadaannya sebegitu. Jenazahnya dapat diuruskan sesempurna mungkin dan dikebumikan tanpa sebarang masalah pon kami sudah cukup2 bersyukur.

Memandangkan kandungan itu telah kembali kepada PenciptaNya kira-kira 2 minggu lepas tanpa disedari oleh si ibu. Maka jasadnya sudah reput. Badannya lembik tidak boleh dipegang dengan kasar. Sebab itu la.. kami tidak membenarkan post mortem di lakukan. Tambah lagi.. x sampai hati melihat proses itu dilakukan kut. Tapi mmg semua tidak bersetuju. so Sepakat.

Tapi menurut doktor, pelbagai kemungkinan yang menyebabkan perkara sebegini terjadi. Pertama, air ketuban mmg dah xde lansung dalam perut masa doc dpt kesan baby dah xde. Tanya kat adik, xde plak dia rasa air ketuban pecah or apa. Xde jg pendarahan. Di samping itu juga, adik ada masalah uri nya kat bawah sejak awal pregnant.. tp peliknya..tiada pemantauan secara details. dia hanya dpt temujanji biasa sahaja sebulan sekali. xde plak kena refer ke mana2. pelik kan? dengan sbb ini lah.. suami adik dah buat keputusan. Lepas ni kalau mengandung lagi mmg xkan bawak ke klinik kerajaan dah. bukan tidak redha.. tetapi tidak boleh menerima kecuaian yang blh menyebabkan kematian sebegini. bukan senang nak terima kan.. satu pengalaman pahit.

Adik akan dirujuk ke pakar dari masa ke semasa bagi mengetahui masalah2 dalaman lain. Apa pun, dugaan dan cabaran setiap orang dari kita adalah berlainan. Aku hanya mendoakan kesejahteraan adik ku.. itu sahaja.

Terima kasih pada semua yang bersimpati dan berdoa untuk adik (nana).. terima kasih semua.

4 comments:

♥cikmOt♥ said...

ok ,terima kasih atas penjelasan ni...

pepun moga nana tabah ye..
allah itu maha mengasihi...

ain1914 said...

Mungkin ada hikmah yang manis disebalik semua yang berlaku... percaturan Allah SWT tiada sapa yang boleh jangka kan...

bunga_rose said...

bagus la tak buat post mortem... kecian baby..

eima said...

Allah maha mengetahui segalanya...biar la itu kerja Die

tp waktu Dr. scan peringkat permulaan dah boleh detect dah klu ade masalah .. betui disebabkn kecuaian ... kita tanggung akibatnya....

kakak opis aku same kes ngan adek ko ...ketuban kering baby die ninggal ... sedih