My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 10, 2012

Qada' dan Qadar

Allahu Akbar.. Allahu Akbar

Dengan segala ketentuanNya. Berlaku dengan segala kehendakNya. Qada' dan Qadar yang tidak boleh kita sangkal. Hikmah yang tersembunyi pasti amat besar rahmatnya.

Dugaan yang melanda ini, membuka mata semua pihak. Supaya sentiasa kita bersedia dengan segala kemungkinan yang akan dan pasti berlaku. Supaya jika terdapat kesilapan, ianya tidak akan diulangi. Keperitan yang ditanggung oleh si adik selama 4 hari..sangat tidak tertanggung. Air mata ini sentiasa tumpah bila berada disisi dia. Wlwpon dia masih mampu tersenyum dan ketawa sambil bercerita.. tp dalam hatinya.. aku tau. Masa berbual, kadang-kala mata adik tertumpu pada perut aku yang semakin besar.. dan matanya segera di alih ke lain. Kuat dia menahan perasaan. Kerana tiada setitis air mata pon kelihatan

Duhai adik, percayalah pada janji Allah. Anak itu pasti akan kau ketemu di Syurga nnt. Anak itu lah yang akan membantu mu di sana kelak. Maha Besar Rahmat ALLAH dik.

Tepat jam 2.00 petang semalam..adik dibius penuh. Ubat yang dimasukkan awal pagi.. nyata tidak berkesan. Doktor tidak boleh menunggu lebih lama. Simpati melihat keadaan adik bertambah teruk dengan darah yang keluar tanpa henti2. Dalam labour room, hanya adik,doktor dan nurse sahaja. suaminya pon tidak dibenarkan masuk.

Lebih kurang jam 2.30 petang. Doktor keluar dan menyatakan.. Syukur semuanya telah selamat. Kandungan adik telah "selamat" dikeluarkan. Doktor terpaksa menggunakan kaedah paksaan kerana uri adik berada di bawah. Ianya menyekat laluan keluar. Oh! kerana inilah.. sehingga hari ke-4.. baby masih tidak keluar.. hanya darah sahaja. Darah yang sgt banyak.

Sebaik aku sampai di hospital, aku mengekori papa dan ibu untuk melihat baby yang telah tiada. Namun aku tidak kuat. Tambah suami,keluarga semua tidak mengizinkan aku melihat memandangkan aku sedang berbadan dua. sebaik mereka melihat baby itu, air mata bercucuran. tangisan dan rintihan mula memecah sunyi hospital. AKu? wlw aku tidak melihat.. tp aku sama2 turut merasa kehilangan si kecil itu. Kami berpelukan seketika untuk meredakan ketegangan.

Kemudian, suami adik ku keluar dari bilik rawatan.
"papa, nana nak tgk anaknya buat kali terakhir" .. sebelum ank kecil itu di bawa masuk. Papa menenangkan adik ku. Supaya dia blh menerima takdir Allah ini. Anak itu mungkin tidak seperti yang dibayangkan.. jadi dia kena kuat.

Ye.. adik aku sgt kuat. Dia melihat, memegang dan membenarkan jenazah si kecil di bawa pulang untuk urusan pengebumian. Selepas suaminya selesai urusan membuat report polis urusan kematian dan mendapat release letter.. barulah jenazah si kecil boleh di bawa balik.

Tak berapa lama kemudian, doktor pakar masuk. Doktor memberitahu.. kandungan ini adalah anak lelaki. beratnya hanya 300gram sahaja. Keadaannya sebegitu adalah kerana dia sudah meninggal di dalam perut selama 2 minggu. Jasadnya telah mereput di dalam perut ibu. Doktor mengeluarkan baby itu dengan penuh hati2 kerana bimbang berlaku kejadian x diingini. TERIMA KASIH DOKTOR S.T.CHONG kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan sebegitu baik sekali. Kerana telah menjaga adik saya dengan penuh sabar. Terima kasih kepada seluruh kakitangan Klinik Pakar S.T.Chong.

Diharap pengalaman penuh trauma ini.. dpt ditangani adik ku.. dengan baik di samping suami tersayang yg sentiasa ada disisinya.

Sebelum maghrib 9hb Julai 2012.. Syed Aeden bin Syed Ahmad Sobrie telah selamat disemadikan. Al- Fatihah

5 comments:

♥cikmOt♥ said...

moga nana dapat menerima ketentuan ini dengan tabah...

nak tau jugak sebab apa leh jadi gitu...

eima said...

sedihnya aku ...
dah tak jodoh utk bersama ... tak pe redha kan la.... ko jg adek ko elok2 tau .. pastikan die kuat ... jgn bg die sedih2 sgt tau ... dlm tempoh pantang ni mcm2 boleh berlaku ....


sori, uri kat bwh nape gyne tatau ke ...diorg scan tak nampak ke ...4 hari tu gitu keadaannya ...

bunga_rose said...

baby boy... sedap nama penghuni syurga tu zue...

moge nana & acik kuat...

Hotaru Tomoe said...

sedeynye bace kisah adik zue ni. erni lak rasa cuak skg ni. Semoga adik zue tabah dan semoga pemergian anakanda tercinta akan membawa ibunya ke syurga satu hari nanti. Amin...:)Al-Fatihah buat arwah.

Mama Amirul said...

Innalillahwainalillahirajiun... semoga adik zue terus kuat hadapi dugaan tu... insyaallah...