My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 1, 2011

Asma tiada ubat , perlu di cegah

Dalam minggu ni dah 2 kali aku masuk lewat ke pejabat. Isnin dan Rabu. Permulaan bulan Jun dengan warna merah. Acad tidak berapa sehat. Nafasnya agak laju dan berbunyi. Dalam keturunan belum ada lagi yang menghidap lelah. Doktor kata acad seperti mahu terkena lelah. RIsaunya hati aku.

Dibawah ini ada sedikit info untuk di share berkenaan LELAH

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.
Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Asma pada kanak-kanak
Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.
Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.
Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Alahan asma
  1.  
    Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.

  2.  
    Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.

  3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.

  4. Pewarna makanan.

  5.  
    Asap dan debu.

  6. Debu/kutu rumah (house mite).

  7. Senaman berlebihan.

  8.  
    Tekanan

  9.  
    Jangkitan seperti vlrus dan selsema.

  10.  
    Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.

  11.  
    Genetik.   
     
    Semoga Allah memberi kesihatan yang baik-baik untuk keluargaku terutama sekali anak-anak ku..AMIN


9 comments:

zura_habib said...

belah family sy mmg ada yg lelah..anak2 sedara sy sume kena yg pompuan..yg laki stakat nie ok...

eima said...

pas ni kena pantang2 la ...
insyaalllah tak de pepe...

MRS. K said...

kahak banyak kot zue

LiErOSe~QiEmi said...

qimie pun klu batuk msti teruk weh.. cam nak lelah gak.. tapi biasanya aku cpt2 bawka gi klinik yg dia biasa g.. ubt antibiotik kat situ mmg leh lawan kahak yg sekat pernafasan anak aku..

deelira@deeliraz said...

zura : hmm harap2 hbb x kena ye..

deelira@deeliraz said...

eima : yela.. mmg kena pantang seme yang x boleh tu. nak elak dari kena. tq eima

deelira@deeliraz said...

kay : yup.. skrg kahak tgh banyak.. sian dia..

deelira@deeliraz said...

bunga : hmm aku pon cpt bawak anak g klinik.. terus kena neb tu. sian dia.

eima said...

Fahim kan mmg ade asthma cuma tak kronik je...
asal die batuk je aku mesti cepat bw pegi paed.... takut melarat ...