My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 27, 2010

Sireh sudah mahu pulang ke ganggang

perkara yang aku x pernah terpikir adalah "sireh akan pulang ke ganggang". sepanjang 5 tahun usia perkahwinan aku dan suami x pernah plak nampak dia tidak gembira berada di perantauan ni (kuantan). disinilah tmpt dia mencari rezeki.. disinilah tempat kami berjumpa..hrm..

tp kebelakangan ni tidak lagi seperti itu. sejak bonda tercintanya sering sakit2 di hujung usia ni, dia ada menyuarakan kepada aku bahawa dia hendak bawak kami menetap di Kuala Terengganu. Apakah???

serba dan salah aku dibuatnya. aku faham tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat tumpahnya darah. isk! asik berpalsapah aku petang2 ni. YE! semua ini menggangu benak otak aku ni. aku dah selesa tgl di kuantan ni, lgpon inilah tmpt asal dan usulku. dah ada rumah sndiri disini.. kerja pon xde masalah.

sebenarnya teringin jugak nak berubah angin sbb dah lama bebenor keje ngan perhilitan ni. rasa nak cari angin baru plak.. tp x pernah terpikir akan keluar dari Kuantan..... . Jika benar begitu, aku harus pikir dari semua sudut. sebabnye.. once aku dah ke terengganu.. sampai pencen la aku kat sana. .dah ler jawatan macam aku ni susah benor nak tuko2.. 

"syurga di bawah telapak kaki suami" YE BENAR!! .. tetapi aku  tidak menderhaka." tempat seorang istri adalah di sisi suaminya" YE!!... aku xkan berjauhan darinya. sbb sekarang ni kami sedang bermusyawarah untuk membuat keputusan yang tepat. dia tidak memaksa aku.. cume dia minta aku pertimbangkan sahaja..jika ada rezeki.. dia mau tinggal bersama ibunya.. menjaga rumah keluarganya..itu sahaja


Bantu la hamba mu ini Ya Allah..



sayonara ; cinta itu selalu ada....

10 comments:

♥cikmOt♥ said...

ikut kata hati mati...so buat keputusan dengan bijak...

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

dah leave komen kat fb tadi.. heheh..

aku pon nak tukar blik kg, tapi lepas pencen lah! hahaha.. nasib la laki aku pon mmg nak dok tepeng.

tu pon kalau umur panjang zue..

deelira@deeliraz said...

cik mot : yea.. sedang berkira2..

deelira@deeliraz said...

mrs.K : hehe x cukup luah kat FB tu.. nak luah plak kat sini kay hehe..

hmm cerita lepas pencen xpela kay.. mmg kita akan balik kampung kita jugak kan. time tu aku dah x kesah.. ni anak2 tgh membesar.. enviroment yang sesuai sgt penting. entah la ..

brutal tapi comel said...

situasinya... ko di tgh2. mana ada bonda yang tua nak tinggal dgn anak jauh dari kampungnya kan.
ape lagi ko sedang membesarkan anak2 dan kekosongan jwtn ko menyempitkan lagi pilihan ko.
aku cadang... (pikiran aku je ni tau...) weekends ko balek la KT. nak pindah ke sana...agak sukar bg aku. betul, suamimu tidak memaksa. utk seketika...berkorbanlah sedikit...iaitu baleklah tiap2 mgu. then, tgk keadaan.rasa perlu pindah, pindah. klu rasa tak perlu, stay for a while.

juz my sucks opinion...

deelira@deeliraz said...

thanks wa di atas nasihat ko. untuk pengetahuan ko,stat dari end of november, mmg tiap2 minggu kami balik kampung..di KT tu. jumaat - ahad.. every weekend.wlwpon memenatkan tp aku redha la kan. bonda dia bonda aku juge. tp betul cakap ko.. ruang untuk kita berpindah sana sini sgt terhad. aku pulangkan semua pada takdir wa. biar masa dan keadaan yang menentukan.

zura_habibhaariz said...

selamat membuat keputusan zue..hrp2 nnt sume pihak puas hati ngAN keputusan yg dibuat:-)

bunga_rose said...

ko nak pindah ker??? ermnn.. banyak kena pk tu zue..

ape2 pun aku sokong keputusan korang.. pepe bagitau erk!!

eima said...

tatau nk ckp pe ...
pepe hal pk yg terbaik sudah la ...
berbincang secara elok ok...pk baik buruk ...

brutal tapi comel said...

ape pon zue, doa aku dan rakan2 laen sentiasa bersama ko and family. baik bg ko, baik lah bagi kami org. walau kita semua jauh...tp doa mendekatkan kita. ape2 keputusan ko, aper2 ko perlukan, kitorg sokong, dan kitorg akan bagi ape yg mampu. kawan2...jauh mana...tetap kawan.. kan? :) selamat tahun baru dan selamat ada jalan penyelesaian...