My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 28, 2010

tonsillitis

apakah itu tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. 

sama ada sedar atau tidak setiap manusia mempunyai 2 kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian rongga kanan dan kiri mulut atau bahasa yang lebih mudah pangkal lidah. Ia berfungsi menapis bakteria dan virus daripada memasuki saluran pernafasan, sekaligus menjadikannya salah satu daripada sistem pertahanan tubuh.

Namun kadangkala tonsil gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya tonsil mengalami radang atau inflarmasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan malah adakala menggangu pernafasan.
 
Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak


Antara gejala tonsil adalah ;
1. sakit tekak yang kadang2 teruk
2.tidak boleh menelan @ sakit apabila menelan
3.demam yang kadang2 sangat tinggi
4.sakit kepala dan sakit-sakit badan
5.surau garau @ hilang suara
6.kadang-kadang ada bengkak pada leher
7.mulut berbau busuk
8. berdengkur waktu tidur

yg tulisan kaler merah..adalah simptom2 yang ada pada 
buah hati pengarang jantung ibu...umie. aku sedar dia ada tonsil masa umur dia setahun lebih.tp masa tu x teruk sgt.punca aku boleh tahu adalah kerana dia selalu demam dan tidur berdengkur.doktor sahkan dia menghidapi tonsillitis ni masa umur dia 1 tahun 6 bulan. Apabila dirujuk kepada pakar, doktor suggest tg umie berumur sekitar 8 tahun baru boleh di operation untuk membuang tonsil tu.itu pon kalau tonsil tu..menjejaskan kehidupannya. Tonsil yang berulang boleh menjejaskan kesihatan kanak2 tersebut dan kualiti hidupnya. yela kan..kalau dah sakit n demam sokmo..hidup pon x seronok. bila makan x berselera..badan pon kurus dan x bertenaga.

ni contoh tonsil ;
pic ni dpt dari mr.google. x sanggup nak kelebet mulut anak nak capture pic. tonsil dalam mulut anak aku mmg sama cam dalam gambar ni..ada di kedua-dua belah mulut dan sangat besar.ruang pernafasan dan saluran makan menjadi sempit.

doktor membuat keputusan utk membuang tonsil umie lebih awal kerana tonsil ini dah mengganggu hidup umie. dah membantutkan pembesaran anak ibu. umie jadi kurang selera makan.badan kurus je.dalam umur dia yg dah masuk 4 tahun beratnya baru je 8kg ++
kurus sgt kan ?? adiknya dah 10kg.

operation ini dah ditunda sebanyak 4 kali.bermula penghujung tahun lepas dan yg terakhir pada awal mei 2010. ditunda atas bermacam sebab antaranya demam. sbb kalau suhu demamnya 38.5 ke atas..operation tidak dapat dilakukan kerana berisiko tinggi. so doktor bagi tarikh operation untuk umie pada 31hb Julai 2010. beberapa hari je lagi..
doktor suh umie berpantang makan dan minum serta jaga kesihatan supaya pada tarikh tersebut umie sehat.

mmg aku dah pantangkan siap2..dan kat pengasuh pon aku pesan. NO ESKREM..NO AIR BATU.
dalam masa yang sama aku bg supliment tambahan supaya umie sentiasa ada tenaga dan sehat
appeton berperisa strawbery ini adalah Vitamin yang wajib dia amik..pagi dan malam. Untuk + Vitamin C dalam tubuh dia.
setiap hari juga dia perlu menghabiskan satu kotak koko krunch atau apa saje yg seumpamanya bersama dengan sekotak susu dutch lady full cream (sila abaikan dapo yang bersepah)
 aku mmg selalu spare susu ni dalam peti ais aku. umie sll minum yang full cream tu. yang perasa coklat dgn strawbery dia x gemar.
adik pon tumpang makan sama tp adik suke honey star. makan cam tu je.. xmo susu2 ni hehe (selingan je adik nih)

hmm aku dah usaha sedaya upaya..dah usaha sepenuh kudrat aku menjaga kesihatannya.harap2 operation utk membuang tonsil umie pada hari sabtu ini akan berjaya.

Ya, Allah..aku mohon kepadaMu supaya segala urusan anakku Reena Zulaikha berjalan lancar. Aku mohon supaya anak-anakku sentiasa sehat dan dipelihara dari segala macam jenis penyakit. AMIN
 
Note : info pasal tonsil..aku peroleh dari intenet.



 

13 comments:

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said...

zue...akak doakan moga umie sihat lepas ni...dan membesar cam kanak2 yang lain...

zue pun tabah ye hadapi dugaan ni...

all da beh buat umie...

MRS. K said...

harap semuanya okey!

kakak kan kuat!

..nOj.. said...

amin. dun wori takde ape nye nanti. harap2 kakak sehat n boleh dioperate nanti.

teringat kawan lama, dia pun ade tonsil. lama dia simpan, last2 pecah. siap kena masuk icu lg. hampir pecah peti suara dia. sib baik takde ape2. skang dh ok kot. dh lama tak jmpe dia.

izan, ko ingat tak sape?

deelira said...

kak izan : tq.semoga doa kita dimakbulkan.

kay : tq k

nojj : AMIn. hm..kalau dah pecah bahaya. leh jadi bisu.

LiErOSe~QiEmi said...

woh..bahaye erk??? gejala-gejala ko sebut tu(1,2,7,&8).. anak aku baru je alami ni.. tu yg aku mc 2 hari sebab aku lak jangkit demam dia sbb 3 mlm tak tido sbb dia tak lena tido..

weh, bahaye erk?? esok nak check balik laa ank aku...

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said...

noj...ko tanya aku kah???hehehe

nyibuk kat wall zue...lalala...

deelira said...

hmm sgt bahya maida.biasa kalau budak selalu demam..doktor mesti tgk dalam tekak dia.kalau demam...tonsil ni akan membengkak dan bewarna kemerah-merahan

deelira said...

yela kak izan..noj tanya tuh. kak izan igt ke sape?

ibu amirul said...

zue, kesian ain tengok umie.. nak share something ngan zue ye.. kat office ain ni ada member yang kena tonsil... effectnya anak-anak dia sekali kena... tiap2 minggu anak2 kena pergi check ke klinik, bukan seban tonsil je tapi pelbagai penyakit akibat dari antibody lemah sebab mak derang kena tonsil. member tu pun tiap2 bulan kena ge check kat HUKM..

deelira said...

kalau dah mak dia ada masalah antibodi x kuat.sure efek kat anak tau.zue ni antibodi kuat ke x..entah la.. tp yg pasti xde sakit tonsil ni. cam umie pon selalu kena cek kat hospital..skrg je dah kurang sket.dulu tiap2 bulan. sib baik dapat bos jenis faham.

eima said...

fahim pun penah kena infected tonsillitis nih ...
demam panas ... tak nk minum susu ..berdengkur ...

tp dah ok .. doc ckp klu asek kena setahun lebih dari 8 kali ... mmg kena buang..

eima said...

aku harap kakak sehat .. dan pembedahan berjaya ...

insyaallah semua nye akan sempurna..

deelira said...

amin
thanks manjer :)