My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 25, 2013

hilang peratus keisterian

Terbaca petikan dari seorang suami, lantas rasa ingin dikongsi disini kerana banyak kebenarannya.

suami ku sendiri pernah bertitip di telinga kanan ku.. 

"Sejak adanya rafeeq dan ditambah 2 anak yang lain.. ibu sudah hilang banyak peratus keisterian dan peratusan keibuan naik mendadak"

Besar maknanya bagi diriku mendengar luahan hati seorang suami pada ketika itu. Segala amanat dan tanggungjawab sebagai isteri telah ku galas sebaiknya.. cume mungkin ada yang tercicir. Tugas sebagai ibu yang mempunyai anak 3.. nyata tidak semudah yang disebut.

Saban hari .. subuh hingga ke dinihari membawa ke malam malah sehingga ke pagi semula.. keperluan dan kehendak ANAK ditunaikan 100%. Dari sekecil-kecil permintaan "ibu, boleh tolong garu belakang x" sehinggalah "ibu, tolong kakak kerja sekolah ni x faham laa" semuanya IBU selesaikan.. sambil menemani kakak dan abg ngah siapkan kerja sekolah.. si adik plak asyik berkepit nak menyusu badan. Rupanya ada yang tercicir ;) .. abah juga perlukan perhatian dan kasih-sayang

Namun, itu bukan bermakna dia tidak memahami malah dia berterima kasih kerana tanpa aku urusan rumahtangga tidak sempurna katanya.

walaubagaimanapun, aku perlu mengambil berat akan hal ini. Masa perlu dibahagi dengan baik sekali. Supaya semua pihak akan berpuas hati dan terurus.

Now, dah 9 bulan Muhammad Rafeeq Zikry menyusu badan.. dan aku tau.. bukan semudah itu jika berniat ingin memberikan anak susu badan sepenuhnya.. selain keperluan2 wajib.. ia jg melibatkan fizikal mental emosi dan keadaan sekeliling.. Ada masa aku hampir kecundang.. tetapi aku bangkit kembali ..

Misi menyusukan Rafeeq sehingga setahun diteruskan >>

bam bam ibu dah ada 4 batang gigi ;)

1 comment:

eima said...

ni cite ko rupanye.... ssh nk bahagikan masa lebih pd suami bila dah ade anak2.... tp kadang tu kena usaha lebih lelaki ni seringkali mencari alasan....