Demi setiap detik dan masa yang berlalu
Sesungguhnya kita sentiasa berada di dalam kerugian
Tahun 2013 ini sungguh tidak betah bagi ku
Seperti satu kehidupan baru bermula dan sehingga kini
kehidupan itu masih tidak dapat ku uruskan dengan baik
kerana masa yang sentiasa mengejar2
Kakak yang berada di darjah 1
Abg Ngah di Tabika Kemas
Muhammad Rafeeq yang full breastfeeding
semuanya memerlukan aku; IBU
bukan suami tidak membantu tetapi segalanya masih terasa berat di bahu ini
Bangun seawal 5 pagi dan hanya memejamkan mata jam 12 malam
sehingga ada ketikanya
kerja-kerja di pejabat gagal diuruskan dengan baik
Ya ALLAH aku mohon dariMU
kau cukupkanlah WAKTU untuk aku
Menguruskan rumahtangga sebaik-baiknya
Mendengar cerita-cerita dari kakak apabila pulang dari sekolah
Menjawab segala pertanyaan abang Ngah yang tidak jemu-jemu bertanya
Memujuk tangis si kecil
dan
Menyiapkan makan & pakai secukup dan sesempurnanya untuk
SUAMI & ANAK3 ku
~ LOVE till the END ~
6 comments:
anak - anak tengah membesar memang begitu nak perhatian yang lebih...
IBU orang paling rapat dengannya...
moga dipermudahkan segalanya.....
begitulah..TQ Qhaifa Nur
jles jeles...zue dah kurus..
anak 3 meme arrr weiii.. aku ni kanggg haihhhhh kena pk masa yang sesuai nak nampak zue..
eh lupe, aminnnnnn tuk doa ko tu ngeeee
mmg ko nampak kurus la... ni kes diet ke penat ni ... pengorbanan ibu
hehe apapun tahniah zue sbb berjaya membesarkan anak2...:)
Post a Comment