My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 15, 2013

pengalaman bersalin

Dari mana dan bagaimana nak aku mulakan. walaupun sudah 3 bulan berlalu, segalanya masih segar di ingatan. Pengalaman kali ini, melahirkan anak ke3, permata hati kami.. sangat2 memberi kesan kepada ku. Serik? barangkali ya. tapi buat masa sekarang.. akan datang pastinya kami mahukan cahaya mata lagi.

Segala yang aku coretkan disini.. bakal menjadi satu coretan kenangan pada masa akan datang. satu hari nnt, pasti aku akan kembali ke sini utk mengingati detik2 indah ini

aku dimasukkan lebih awal ke hospital iaitu pada usia kandungan 38minggu kerana penyakit kencing manis yang dihadapi. Perancangan doktor, aku akan dimasukkan ubat untuk paksa bersalin. dengar PAKSA tu cam.. adeh!!..Sesungguhnya mengandung dengan adanya masalah penyakit kencing manis.. sgt2 menduga emosi, fizikal dan mental! Tambah ibu berkerjaya seperti aku yang perlu meluangkan masa ke klinik setiap 2 minggu dan hampir setiap minggu di kala usia kandungan menjengah ke trimester ke 3.

Pada 1hb Oct 2012, pagi2 lagi kami suami isteri jadi tetamu di Pusat Bersalin Risiko Rendah HTAA. Masa tu tiada sebarang contraction. Aku diberi layanan terakhir sebab ramai ibu2 yang dtg ke situ..mmg nak beranak dah. So, aku melangut je. Sgt2 boring. Nak marah pon ada.. tp xleh nk wat apa. yg dtg seme tgh berpeluh2.. menahan sakit.Ada sorang kakak sebelah ni.. dah ketar2 dah menunggu sambil tunggu giliran.bila sampai nama dia.. nurse terus jerit.. "fully2.. amik kerusi roda".. berdesup kakak tu ditolak ke dewan bedah risiko rendah yg hanya berhadapan kaunter pendaftaran sahaja. x sampai 15 minit, kakak tu dah bersalin.wah!! mudahnye.fully tu maksud.. dah buka penuh 10cm.. tg teran je.. huk huk..

Akhirnya setelah 3 jam tunggu.. tibalah masa aku. doctor pon cek jalan.. xde bukaan lagi katanya. MEMANGLA... x sakit pon lg.huhu.. doktor bgtau.. "saya dah 'tolong' supaya jalan terbuka sendiri.then, aku kena duk kat wad.prosedur biasa wlwpon x sakit.tp mlm tu, aku akan dimasukkan ubat untuk paksa jalan buka dengan cepat.

Malamnye, doktor pakar dtg pada aku dan cek kesan parut czer lama. dia pon bgtau..u pernah czer kan jadi kami x boleh masuk ubat paksa bersalin sebab takut rahim x boleh tampung kesakitan contraction dan effectnya..rahim boleh pecah.aku punya lah takut masa tu..aku pon akur dgn keputusan doktor. cume aku pelik.. kenapa doktor di klinik kesihatan yang cek aku tu.. boleh plan induce untuk aku sedangkan dia tahu yang aku ada parut czer. musykil2..

1hb 0ct 2012 - doktor dah tolong bukakan jalan untuk aku pagi td. So stat malam tu.. aku dah sakit.Uit!! kuat kot sakitnye.. cek dah buka 1cm.. tp aku tahu... aku bakal melalui bukaan 1-2cm yang panjanggggg. Pengalaman sebelum ni mmg camtu.Malam pertama di hospital.. xleh tido. sakit dtg setiap setengah jam. sampai pagi. aku hanya boleh lelap2 sekejap sahaja. Mulut x berhenti2 berzikir pada ALLAH.. semoga dipermudahkan segala urusan.

2hb Oct 2012 - sakit aku hilang sekejap. So, pg tu boleh makan dan mandi dengan hati senang. pagi tu juga.. dalam jam 11 pagi, aku dipindahkan ke wad bersalin kelas 1.Alhamdulillah much2 better.sebelum tu wad penuh.Ya Ampun ramai sungguh ibu nak bersalin. banyak katil extentsion.pukul 4ptg.. aku stat sakit kuat.. cek jalan baru je 2cm..Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini.. sakit yang aku rasa.. buat aku bergulung2 kat katil.Dalam bilik tu ada 4 katil. yang lain tu rileks je aku tgk. Malam tu aku xleh nak tido.. sakit every 20 minit.. pakar datang cek. dia tanya kalau2 aku nak amik cucuk pentadine (ejaan x sure). katanya sakit aku akan hilang selama 4 jam. tetapi aku kena tahu.. baby akan mengalami beberapa simptom antaranya.. sesak nafas, baby tidur dan beberapa lg. aku lupe. tp tidak bahaya katanya. akibat sakit x tertanggung.. aku amik la cucuk ituu.. then aku tidur 4jam!.. lena!.. aku hanya terjaga apabila sakit datang kembali.Last mkn adalah malam td.. iaitu 1hb oct.. jadi aku kena amik makanan sket..takut xde tenaga nak meneran. Sakit ku  sampai ke malam... malam tu, suami aku tidur di perkarangan parking hospital dalam kereta. standby takut beranak.. sbb sakit dah kuat! Doktor dtg cek jalan di katil sahaja sbb aku x mampu nak berdiri n berjalan. katanya 2cm setengah!.. ya ALLAH.. hati aku x kuat nak dgr dia cakap camtu..sikit2.... 

3hb oct 2012 - pagi tu..aku dah x keruan!.. tp aku bgn jugak gagahkan diri berjalan di koridor wad kelas satu tu.. untuk cepatkan pembukaan.. jalan benti.. jalan benti.. sakit every 10 minit... jam 4.30ptg..aku pgl nurse sbb dah x tahan.. nurse cek.. 4cm.. terus dia call dewan bersalin. aku terus ditolak ke dewan bersalin dengan kerusi roda. Kesejukan mula terasa ke seluruh liang tulang temulang. Memang bilik bersalin sejuk sgt2..doktor cek 4cm.. aku sedih lagi. aku masih igt pengalaman bersalin ke acad.. 4cm ke 10cm.. 8jam!.. xkan kali ini 8 jam lagi.. sakit dah makin kuat. seluruh tangan dah menggeletar menahan sakit. tibe2 aku dpt rasa pegangan tangan suami ku dr atas kepala.. muka dia sedih sbb tgk aku dalam keadaan camtu.x putus2 dia berzikir di telinga.Setiap kali contraction.. tangannya ku genggam erat2. Lepas mesin ctg dipasang di perut.. doktor memantau graf di skrin.Katanya contraction sgt kuat.. mcm dah 8-10cm.. ye! mmg sgt2 kuat.. aku dah x berdaya menahan kesakitan.nurse memberikan aku corong gas untuk disedut.Katanya untuk kurangkan kesakitan. setiap kali sakit.. kena sedut. corong tu kena pegang sendiri.. asal aku sakit je.. pegang corong..bila pegang je terlepas.. pegang lg terlepas lg sbb tangan menggeletar tahan sakit.

7.00 malam - doktor cek jalan dah 5cm.. dah hampir 3jam.. baru 5cm.. Ya Allah sgt2 x berdaya menanggung kesakitan.Then doktor bgtau dia nak pecahkan air ketuban. Anak dah 3.. aku masih x merasa kain basah2 sbb pecah air ketuban.. seme doktor pecahkan. Lepas doktor pecahkan.. aku dengar dorang speaking london sesama dorang.. cam ada yg x kena.aku tanya.."kenapa doctor?" aku mmg cuak gile.x sanggup apa2 jadi kat anak aku. dia kata.. "xde apa" .. x lama tu.. dia wat satu panggilan. after 5minit.. pakar dtg.. mungkin ketua kepada doktor2 disitu.. pok pek pok pek..pakar td dtg pada aku.. cuak giler masa tu ok. dpt rasa ada yg x kena. "dr graf ctg.. sakit awk sgt kuat.. tp jalan baru 5cm.kita dah tunggu sejam.. masih 5cm..td doktor dah pecahkan air ketuban dan dapati anak awk dah berak dalam perut..jadi kami x boleh tunggu lama lagi.awk mesti dibedah segera untuk menyelamatkan baby" Ya ALLAH... aku berserah segalanya2 padaMu.. masa inilah aku rasa seperti.. hanya aku dan DIA sahaja.. segalanya aku pertaruhkan.. aku juga sanggup jika nyawaku jadi pertaruhan. aku dan suami brbincang dan bersetuju demi keselamatan baby.

8.00 malam - aku ditolak ke dewan bedah..sakit contraction masih terasa non stop.. seminit sekali.nak bernafas pon xde ruang.dewan bedah yang sgt sejuk tidak terasa kerana kesakitan yang di alami mengatasi segalanya. aku tanya pada nurse.."lambat lagi ke".. sbb masa aku msk dewan bedah.. dewan itu baru sahaja lepas digunakan.. belom dikemas. kelihatan mereka gegas2 mengemas. aku dah x berdaya. 15 minit aku tunggu dalam dewan bedah sebelum dibius. selepas di bius barula hilang segala kesakitan contraction. Aku melihat sekeliling.. penuh dgn peralatan besi2.. lampu dan ada 2 paket darah jenis AB standby jika aku perlukannya nnt. aku dibius separuh badan.. jadi aku sedar dengan segala perbuatan.. cume tidak terasa sakit. Dalam hati.. SEKALI LAGI.. aku dibedah. Mata aku sangat mengantuk.. kesan dari ibu bius dan oksigen penahan sakit yg aku dah sedut masa dalam labor room td. tapi aku ingin sekali mendengar tangisan si kecil.. aku cube sedaya upaya untuk menahan mata supaya jgn tertidur. aku boleh rasa mesin tu menoreh perut ku..ngilu bila memikirkannya.. tp x rasa sakit sbb dah dibius kan.. xlama lepas tu aku dengar tangisan si kecil.. tp sekejap sahaja.. kemudian dia di masukkan ke dalam sebuah kotak kaca dan ditolak ke NICU segera. aku tidak sempat menatap wajahnya.. aku terus tertidur.Jam 9.30 mlm baru segalanya2 selesai.. dan selama itu jugalah aku tidur x sedar apa2. Kata suami ku, dia sempat melihat si kecil melintas di hadapannya sebelum masuk ke dalam lif. Comel dan putih katanya.. aku hanya mampu panjatkan syukur padaNya.. asalkan anak ku sehat dan tiada apa2 masalah.. itu sudah memadai.

Dan secara kebetulannya.. tarikh kelahiran anak ku ini sama dengan abang ngah nya
3hb oct 2008 & 3hb Oct 2012

Sepanjang malam aku diberikan rehat secukupnya kerana secara kebetulan anakku masih di NICU. doktor ingin memantau sama ada terdapat simpton2 kencing manis pada baby atau tidak.

4hb oct 2012 - jam 11 pagi.. barulah aku dpt melihat si kecilku. Alhamdulillah ku panjatkan syukur padaMu ya ALLAH di atas anugerah yang tidak ternilai ini.. Semoga Muhammad Rafeeq Zikry menjadi anak yang soleh, Taat pada ALLAH dan kedua orang tua.. AMIN

1 Hari

 3 bulan
 

8 comments:

MRS. K said...

comel zue.. putih gebus

Ibu Amirul said...

huihhhh.... berdebar2 baca kisah bersalin Zue ni.... Alhamdulillah semuanya dah selamat...

eima said...

kesiannye kat ko .. dugaan nk bersalin kan anak ni terlalu hebat ...

aku xdpt bygkan yg aku hadapinye .. sbb kedua2 anak aku terlalu mudah ...sakit pun sekejap je ....

tahniah zue sbb jd ibu yg kuat dear

bunga_rose said...

weiii aku nangis bace.. sedih weyyy.. pastu teringat masa sendiri yang patut leh normal tp sbb baby beso kena operate..

wei sungguh ke klu dah penah kena operate, tak leh paksa... takut pecah? takut nya wehh

tp refeeq comeyyy ^_^

cikji said...

dtg follow sini sambil baca pengalaman bersalin,mencari sedikit ilmu :)

nadia said...

Same dengan kes sy. Sakit kuat..1-5 minit skali tp bukaan baru 2 cm. doc tolong bagi besarkan jadi 3 cm supaya boleh pecahkan air ketuban. Bile pecahkan air, tengok2 air warna coklat. Rupenye baby da berak dalam perut. Terpaksa czer sekali lagi.

Saya pun doc plan nk induce kalau x bersalin keesokan harinya sbb air ketuban da bocor sikit. Tp risiko tinggi rahim pecah sbb penah kene czer sebelum ni. Takut contraction kuat, rahim x mampu nk tanggung.

Anonymous said...

Sedih je baca....yg penting semuanye selamat..Alhamdulillah...

Anonymous said...

2016 baru sy baca kisah akak, menangis sy bace kak, smoga anak yg dikandung menjadi insan soleh terpilih oleh Allah swt.

kuatnya akak ni ye, kagum sy.
sy dijangka bsalin pd 38mgu, lagi 2 mgu je kak
sbb ada gdm, smoga allah permudahkan sgala urusan
dan memberi kekuatan untuk menempuh sgalanya amen.