My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 9, 2012

akhirnya berserah sahaja kepada Tuhan

hmm.. continue

6hb Julai.. aku n papa teman adik n suaminya ke hospital pakar S.T.Chong. Doktor scan n mengesahkan buat kesekian kalinya bahawa kandungan telah tiada. Bercucuran sekali lagi air mata kami. Saling berpeluk dan menenangkan.

Kata doktor.. mungkin sudah beberapa hari kerana kepala baby dah x membulat tetapi dalam keadaan sudah leper. Sebab dan punca masih belum diketahui.

Jam 11.00 pagi, ubat pertama dimasukkan. Tiada sebarang reaksi. Aku balik semula ofis. Adik dan suami nya pergi makan kerana mereka belum menjamah apa2 sejak malam td. kesian sungguh.

aku dapat call dari suaminya pada jam 12.00 tengahari. Katanya ada contraction. Aku minta izin bos untuk keluar lagi. Kebetulan hari tu jumaat kan.. so aku minta keluar awal. Sementara suami adik pergi menunaikan solat jumaat.. aku jaga adik di hospital sampai la jam 3.30 ptg. Kemudian balik ke opis semula. Oh badan penat x blh cerita. aku dpt sms dari suami ku.. "awk pon mengandung jg.. jg kesihatan.. abg x nak jadi pape kat awk plak"
hmm.. aku faham maksud suami ku.

Selepas doktor masukkan ubat.. sekurang2nya dalam masa 24hour.. mesti kandungan dah boleh keluar sendiri.. contraction yang adik aku alami sgt2 kuat.. dia meronta2.. menanges2.. cakap pon merapu2.. aku di rumah hanya terima update suaminya dari masa ke semasa. aku hanya pergi waktu siang sahaja 2-3 kali.. malamnya.. aku dah kepenatan. Sehingga sabtu petang.. ubat yang ke-9 sudah dimasukkan.. tetapi masih tiada tanda2 kandungan yang telah tiada itu akan keluar.. sedih sungguh melihat keadaan adik yang dah x bermaya.

dia tidak dibenarkan makan sejak jumaat malam lagi. hanya berbotol2 air dimasukkan. darah juga keluar tanpa henti. tp tiada tanda kandungan akan keluar. Lemah tidak bermaya!.. pucat lesu mukanya. aku x pasti bagaimana kesakitan yang ditanggung.. tetapi aku pernah dengar.. sakit org gugur lebih teruk dari org nak beranak.. aku tidak pasti

lebih menyayat hati.. sebelah bilik adik ku.. adalah sebuah bilik cermin yang meletakkan bayi-bayi yang baru lahir. comel2.. setiap kali adik keluar ke tandas.. dia akan berhenti di situ.. menatap.. menanges.. dgr cerita dari suaminya.. mmg aku menanges... oh Tuhan berat sungguh dugaanMu buat adik ku.. x berdaya aku melihatnya.

mama dan papa ku.. x putus2 dtg menjaga adik bergilir2. Untungla dia berada di hospital swasta. suami sntiasa di sisi.. dan kami semua blh dtg bila2 masa.. sekurang2nya.. semangat dia kuat.

pagi smlm, suami adik ku.. sms. minta aku dtg segera ke hospital. minta aku, mama n papa pujuk adik supaya dengar nasihat doktor untuk memasukkan ubat lagi pada hari tersebut. kata doktor ubat tu agak kuat. kita hanya mencuba.. kami dtg! beramai2.. memujuk rayu supaya dia bersetuju. Katanya.. sakit dah x tertanggung.. asik nak masukkan ubat je.. setelah berkomunikasi selama lebih sejam.. akhirnya dia bersetuju.. semua menarik napas lega.. terutama suaminya.

ubat yang entah ke berapa dah aku pon x pasti.. dimasukkan pada jam 1030 pagi 8hb Julai. Kata doktor ubat tu kuat. TETAPI.. sampai skrg 9hb Julai 2012.. tiada apa2 yang berlaku. dan masih menunggu. Malam td.. banyak ketulan darah beku keluar.. warnanya hitam. adik menanggung kesakitan lagi. perkara sebegini barangkali membuat dia serik untuk menerima ubat tambahan.

Ya Allah.. kau tabahkan lah hati pasangan suami isteri ini terutamanya adik ku nana yang sedang bertarung untuk mengeluarkan kandungannya yang telah tiada. Semoga kesengsaraan ini cpt2 berakhir. Hari ni dah masuk hari ke-4.. penantian dan kesakitan untuk sesuatu yang telah tiada... amat-amat.. menyiksakan..

akan di update dari masa ke semasa.InsyaALLAH

3 comments:

♥cikmOt♥ said...

alahaii...semoga nana kuat hadapi dugaan ini...

tak sabar nak tau apa sebabnya jadi cam gitu...nanti update lagi zue...

Mama Amirul said...

aduyai... tak sanggup nak baca... huhuhu

eima said...

aku dakan adek ko ...kuat & cepat melahirkan ... semua ni dugaan utk die .... dan jadikan iktibar pada kita ....

zue kira pergerakkan baby tau ... jgn lupa tu .... & jaga kesihatan ....

CM slalu punca doc tak bgtau klu tak postmortem ....so nk tau punca ke PM la tp sanggup ke kita ??