My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 9, 2012

Ketentuan Allah ...

Pada 05hb Julai 2012, aku menerima satu panggilan telefon yang sungguh menyayat hati.meruntun seluruh jiwa. esakan tangis suara adik ku nana di hujung talian bagai satu petanda yang sesuatu yang buruk telah berlaku.suara nya tenggelam timbul. tidak jelas kedengaran. 

"long,baby na dah xde"

"hah??" ... berdiri semua bulu roma ku. air mata bertakung dan akhirnya gugur. suara esakannya masih jelas kedengaran d hujung talian.

Usia kandungannya dah mencecah ke 28weeks.. maksudnya dah 7 bulan. aku dan dia hanya beza 2 minggu sahaja

dia memulakan cerita, pagi ini dia dan suami ke klinik kesihatan Paya Besar atas urusan temujanji. Selepas masuk bilik nurse, dia mendapat 1 suntikan kancing gigi di lengan. kemudian di refer ke bilik doktor kerana kandungan perlu di scan pada hari berkenaan. sebaik sahaja doktor scan perut.. tiada denyutan jantung di kesan. muka doktor nampak berubah katanya. doktor memanggil doktor lain utk sama2 melihat. dan akhirnya..situasi bertukar menjadi cemas, sedih dan hiba. hanya tangisan suami dan isteri kedengaran di seluruh klinik. 

"baby awak dah xde" .. kata2 doktor cukup untuk membunuh jiwa pasangan ini. tidak menghiraukan sekelian orang yang memandang.. mereka menangis sambil berpelukan.

pada hari yang sama, doktor memberi satu surat rujukan untuk ke Hospital besar Kuantan. Mereka pergi, dan setelah terlalu banyak songeh dan kerenah birokrasi berlaku di hospital..mereka hanya diberi borang dan diminta utk dtg pada hari esoknya iaitu 6hb kerana tiada doktor bertugas pada hari berkenaan.

naik giler aku dibuatnya bila mendengar. Perkara sebegini tidak dikira KECEMASAN kah? mereka akur dan balik. Petang yang sama, selepas pulang dari kerja...aku terus singgah ke rumah adik. hm.. dia nmpk tenang sahaja. tetapi matanya bengkak. suaminya pon sama.. hanya diam seribu bahasa.

Malam tu, kami sekeluarga berbincang dan sepakat supaya adik ku di bawa ke Hospital Swasta memandangkan keadaan emosi dia yang x stabil dan jika ke hospital Kjaan.. kerenah birokrasi terlalu menyusahkan. itu belum lagi kehadiran doktor pelatih. bukanlah aku menidakkan mereka atau kata mereka tidak bagus. Mereka dalam pembelajaran dan setiap kes dijadikan rujukan.. tp.. nyata! ini bukan masa sesuai utk bersoal jawab. aku pernah melaluinya... cume situasi aku dan adik berbeza. aku tidak mau adik aku.. melaluinya.

esok pagi (6hb Julai 2012) adik ku di bawa ke hospital bersalin S.T.Chong

sambung sekejap lagi.. ada kerja plak

3 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

sedih aku baca cite ko zue...


#ayat macam novel lah hehehe

♥cikmOt♥ said...

aler, potong stim la si pencerita ni...baru dok asyik membaca..ishh...cepat sambung...

eima said...

ramai la kes cam ni skrg ni ... biras aku pun alami hanya tgal 2 minggu dr tarikh due ...sian gile ... itu penting kira pergerakkan baby .. rasa cam kurang dr 10 cepat pi ... klu rasa slalu aktif titiba kurang aktif cepat [pi spital ... zue take note tau.....

bkn sorg yg aku kenal alami ni .. dah 3 org dah ... opismate, fren = keluarga