My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2012

Masalah sembelit bagi wanita hamil

aku tidak mempunyai masalah sembelit untuk 2 kandungan sebelum ini
tp bagi kandungan yang ke3 ni, berbeza
 aku pon dah jadi x selesa sgt2
 dan aku tahu kalau dibiar pasti akan jadi lebih parah
tambah parah ianya akan jadi BUASIR
Oh tidak.. mohon dijauhkan

sedikit info yang boleh aku share disini

Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil. Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.
Jenis dan Punca

Peningkatan hormon tertentu ketika hamil
Akibatnya:-
  1. Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah
  2. Kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan
-          Makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar
-          Peningkatan pengambilan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement)
-          Berat badan ibu dan janin tidak seimbang. Hal ini menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan
-          Gerakan fizikal terbatas. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti gerakan semasa hamil

Apa yang perlu anda ketahui?
Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.

Cara mengatasi
  1. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
  2. Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
  3. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½  hingga 2 liter sehari semalam
  4. Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari
Sekiranya sembelit menyerang…

  1. Banyakkan mengambil makanan berserat.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
  2. Banyakkan minum air atau jus buah-buahan
    • Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
  3. Dapatkan nasihat doktor
    • Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.
Maka, berusahalah untuk mengelakkan daripada terkena sembelit ketika hamil. Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri. Wallahua’lam.

nak g cari betik jap
 

3 comments:

Cikwa said...

gud info anyway..bahye klau dibiarkan sembelit nih..dulu masa ngandung anak ke2 pun biase gak kene..tp takde la sampai kena buasir..mintak dijauhkan laa..

bunga_rose said...

alhamdulillah.. aku dua2 tak kena sembelit..

bykkan mkn buah la zue, sayur pun.. owh serat pun bagus

deelira@deeliraz said...

lovelywa; minta dijauhkan juge

bunga ; knp sejak ngandung ni aku x berapa suke buah erk? aduh...