My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 20, 2010

Seronok dapat berbuka ramai2 camnih!

Salam 10 Ramadhan buat semua teman2,

Alhamdulillah kerja-kerja dah beransur selesai.so leh la cari masa update blog sket. Puh..Puhh!! dah berhabuk blog zue nih..hehe

jom layan pic
 suasana waktu berbuka di Padang MPK 1 depan Masjid Besar Kuantan. Bukan saje org bujang..family pon ada. duk berbuka ramai2. dorang beli juadah kat bazar sini n terus berbuka.
semakin ramai org.. sebelum azan berkumandang..suasana riuh je. selepas azan je..sunyi sepi! seme kusyuk mkn
ramai kan? cam harmoni dan 1 Malaysia je aku nengok ;)
 aku belum berkesempatan lagi nak berbuka disini. InsyaAllah kalau ada masa nak jugak berbuka kat sini. nak rasa kemeriahannya.. :)

harap2 selepas berbuka ramai-ramai nih..dorang ramai2 jugak p Solat Terawikh kat Masjid Besar tu. jgn ramai-ramai duk pakat balik dah ler...
kueh raya sudah mula dijual di bazar Ramadhan pokok buluh ni seawal 1 Ramadhan lagi. kalau korang nak tahu..2-3 hari sebelum raya kueh raya ni akan dijual dengan harga yang sgt murah!.. dan aku pernah pergi malam raya kat bazaar ni utk tgk harga biskut raya. 3 bekas RM10.00 berbanding skrg ni sebekas RM10.00. tp siyes kualiti nya sgt down. biskut pelbagai jenis...pelbagai warna tapi ternyata 1 ACUAN saje. maybe bukan seme company macam nih..tp mostly nya macam tu la. pic di atas adalah gambar semata-mata. Tiada kena mengena dgn cerita. kang x pasal2 kena saman plak. haru! org skrg keje nak SAMAN je wei..

kredit to Lang Sewah for this picture. Thanks frenz.

sayonara..

10 comments:

eima said...

sejak bila plak kontan ade xtvt cam ni ... wah meriah ...

deelira@deeliraz said...

hish..dah lama la manje. ko je x tahu kut :p

bunga_rose said...

weh, aku tak tau pun kontan camni.. weh meriah weh..suke aku nengok weh.. tapi klu dgn ank kecik, takde maknenye nk buke kat sana, alangkan kat kedai pun dah amuk2 inikan pula kat padang..

..nOj.. said...

eh nape aku mcm tak penah lalu je lagi bazar pokok buluh ni. oh patut la, aku kalo lalu bandar pun, sbb nk pg tc je. tak masuk bandar pun. minggu ni ingat nk lalu la. seronok je tgk org reramai kt situ. kte pun sama sibuk. heheh


aku tak penah lg berbuka kt padang tu. mcm susah je nk basuh tgn nanti

hyazz said...

wahh... ramai nyer...time terawih ramai x??? hehehe

meriah sungguh... syok gak sekali2 bukak cam gini ek

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

teringat slalu tunggu bas kat bas stand pokok buluh tu dulu.. huhuhu

deelira@deeliraz said...

bunga : mmg meriah tp kalau bawak anak kecik..harus ko asyik kejar qimie je wei.. hehe

deelira@deeliraz said...

noj : erk.. dorang mkn pakai sudu kut. bawak sudu siap2 hehe

deelira@deeliraz said...

hyazz : mmg meriah kan.. tp rasanya time terawikh xde la ramai sgt camni.. seme duk pakat stat kete balik huhu..padahal masjid dekat je kan.

deelira@deeliraz said...

mrs.K : kay tg bas dengan siapa ? ops!! hehe