My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 26, 2010

8+1

umum tahu yang buah hati pengarang jantung aku akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil pada 3hb mei 2010 ini.satu perkara yang sangat mendebarkan.aku berdoa agar segalanya berjalan lancar.N becoz of that ; 2 malam ni asyik dgr umie batuk2 berkahak..mbuat aku sgt risau kalau2 pembedahan yang telah di atur..di postpone LAGI..yer LAGi sbb masuk kali ni dah kali ketiga buat temujanji nak operation..sampai je time nak op tu..anak aku demam!

ok dah merepek..berbalik pada tajuk.hari ini aku lambat masuk opize sbb bawak anak sulong yang batuk2 tu p klinik.aku nak pastikan dia sehat utk menjalani pembedahan tu nnt.dalam perjalanan ke klinik..dalam hujan yg sgt lebat..turun daripada fly-over..tibe2 JEM!!..omg! aku dah ler nak cepat kan..jem plak..tp dlm ht aku kata mesti ada xcident. then..aku nmpk kereta pertama..wira di tepi jalan..depan sket..waja..depan lagi..viVa plat CCJ (wah plat baru) dah remuk depan belakang!! hancuss hati pemiliknya..depan tu Myvi hitam..sket lagi..iswara .. waja lagi..kancil..depan kancil ada VIVA HITAM yang telah membrek keretanya kerana seekor anjing hitam melintas (barangkali)..disebabkan seekor anjing..8+1 telah menjadi korban pada pagi td...+1 itu adalah anjing hitam tu ler..sbb dia pon mati jugak.hmm tragis tol pagi2 isnin nih..tp aku x dapat capai hp utk amik gambar sbb
1. aku bawak kereta
2.nak elakkan aku jadi mangsa ke 10 ler..
kalau aku cube jugak amik pic..mmg aku ler mangsa seterusnya
Nauzubillah..teringat peristiwa aku terlibat dalam kemalangan kereta 2 tahun dl..
gerun beb!!...xmau dah!! serik :)
tp selepas tgk seme tu..aku tanya hubby
"b,kalau anjing lintas gitu,kita kena langgar je la ek?"
"yela..langgar je.xkan nak brek..tgk apa jadi bila kita brek" katanya
tp tu la..keadaan masa tu sure cemas kan..kaki plak automatik tertekan brek bila ada benda melintas..tp apa yg aku ternampak..pemandu VIVA HITAM tu..pompuan

p/s: 2 minggu je trauma..lepas tu aku bawak laju cam biasa pulak huhu

1 comment:

zura_habibhaariz said...

huhu...pg2 org sibuk nk g keje mesti ada yg cium buntut keta org...jgn laju2 zue...ingatla yg tersayang...