Last post di dalam blog usang aku ini adalah pada tahun 2014 berkaitan pengalaman aku menjalani pembedahan pembuangan kalenjar tairod. Aku rasa sgt gembira kerana.. post aku banyak membantu rakan2 di luar sana (berdasarkan komen & email peribadi yang diterima) yang juga mempunyai penyakit yang sama. sebetulnya masa aku buat keputusan nk menjalani pembedahan tu, x banyak info yg aku dpt.
Sedar x sedar dah nak masuk 3 tahun aku di diagnos sebagai pesakit tairod. Walaupon kalenjar yang membengkak itu telah dibuang, tp aku adalah pesakit tairod. SEUMUR HIDUP yang perlu bergantung pada ubat.
Syukurnya, sekarang aku hanya perlu makan 1 biji ubat sahaja.
Euthyrox 100g
Ubat ini perlu di makan sebiji sehari, semasa perut kosong. Apa jadi kalau aku terlupa makan?
* pernafasan terasa berat
* jantung akan mula menjadi laju
* kepala berat
3 perkara ini je pernah terjadi sbb masa tu aku terlupa mkn, means terlambat makan dr waktu biasa.
sebenarnya banyak lg perkara bakal berlaku pada pesakit yg skip ubat. paling takut boleh membawa kepada koma. kerana jantung berdegup terlalu laju. Ya Allah minta dijauhkan.
perubahan dos ubat perlu sekiranya, result darah yang diambil 3 bulan @ 6 bulan sekali bergantung pada keperluan badan menunjukkan dos ubat perlu ditambah @ dikurangkan.
aku sendiri hanya pernah makan paling banyak 2 biji ubat dan paling sikit setengah biji. Jika ada antara yang membaca artikel ini nnt, adalah pesakit tairod.. boleh add group tairod dan anda di FB. banyak info2 berguna boleh didapati di sana.
Berada di dalam group FB Tairod dan Anda.. aku tau aku perlu bersyukur. Kerana ujian buat teman2 seperjuangan lagi hebat. Contoh, skrg mmg badan aku mudah rasa lemah, penat dan tidak bermaya.. tp sebenarnya apa yg aku rasa sikit je.. ada di kalangan teman2 sampai terpaksa berhenti kerja sbb x dpt bg komitmen. Ada yang tidak dapat menguruskan rumahtangga dgn baik kerana sistem badan hampir lumpuh. menakutkan...
Sebetulnya... sahabat2.. jika mempunyai masalah tairod, x kiralah hipertairod @ hipotairod, cepat2 lah dapatkan nasihat doktor. jika doktor suggest untuk buang x perlulah berfikir panjang.. inshaallah.. kita tawakal je pada Allah.. yg penting usaha.
Ini adalah antara gejala Hipertairod & Hipotairod. Alhamdullillah.. bg pengalaman diri aku sendiri, simpton yang aku alami sgt minima.. itu paling aku bersyukur.
Terdapat beberapa makanan yang perlu di avoid @ dikurangkan bg pesakit tairod. Makanan yang berasaskan soya adalah tidak baik sama sekali untuk pesakit tairod..
Air soya
Taufufa
Tempe
Tauhu
Ini adalah makanan favourite yang aku dah x sentuh.. xpelah.. mengalah demi kesihatan. kalau curik2 makan.. blh rasa sakit dalam tubuh.. yg susah nk gambar. apa pon.. setiap org pasti berlainan.
Pesakit tairod, jika nk cuba makan apa2 supliment.. Please jgn skip ubat. Itu je aku boleh pesan.
Sekian untuk kali ini.. wassalam