My Followers

Syurga Cinta

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 25, 2013

BF~antara dugaannye

Alhamdulillah.. tinggal beberapa hari sahaja lagi Muhammad Rafeeq Zikry akan mencecah umur 6 bulan. Dan SYUKUR.. sejajar dengan itu juge.. aku telah berjaya memberikan susu ibu secara ekslusif pada nya. Aku sendiri bagai tidak percaya kerana pengalaman anak sebelum ini membuatkan aku fikir bahawasanya [aku kurang susu] [susu aku tidak cukup].

Alhamdulillah dengan segala rezeki dariNya.

Apa yang aku lalui sepanjang hampir 6 bulan ini membuatkan semangat aku semakin kuat untuk teruskan misi penyusuan sehingga umurnya setahun pula

Bermula dengan hari2 terakhir percutian 3 bulan ku.. aku mula mengajar Rafeeq minum susu dari frozen (EBM)..hmm dia menolak. muka cam nak muntah. aku cuba rasa ebm tu.. mmg aku sndri pon nak muntah. aku dah rujuk pada pakar2 dalam bidang penyusuan ni.. katanya enzim lipase dalam susu aku yg membuatkan rasa dia jadi tengik. ada dia bg cara2 nak kurangkan enzim lipase tu.. aku dah cube.. sedaya upaya.. tapi nyata.. Rafeeq dah ckp besar untuk memilih antara rasa sedap dgn kurang sedap. dalam peti ais ada lebih kurang 150 oz susu beku.. Akhirnya.. aku terpaksa pejam mata.. dan membuang semua stok susu itu.ada yang suh aku mandikan baby dgn susu tu.. sayang dibuang katanya.. aku dah cube.. tp kulit Rafeeq sensitif.. naik merah2 pulak.

So bermula hari aku stat bekerja.. Rafeeq hanya minum susu ibu fresh.. yang diperah setiap hari dan hanya boleh disimpan di chill selama 5 hari sahaja. Gigih aku mengepam setiap hari bagi memenuhi keperluan si kecil. Dan sehingga hari ni.. Rafeeq hanya minum susu fresh tanpa stok susu beku dalam peti.

Dah stat kerja.. bertambah lagi dugaan.. apabila aku terpaksa attend meeting yang xnak stop.. xnak take 5.. nak cpt habis jeee.. sedangkan aku dah rasa bengkak susu. Kepala ni dah xleh cocentrate apa yg korang seme cakap.. aduiiii... Dugaan

Satu ari yang lain.. aku terpaksa pula pergi ke Jabatan lain untuk menghadiri satu taklimat. Perkara mula2 aku buat bila sampai ke Pejabat tersebut.. aku bertanya dengan staff disitu " di mana surau yang boleh saya tumpang sekejap" .. tanpa rasa segan silu.. aku mendaki anak tangga.. gigih mencari surau utk pam susu. waktu rehat 10 minit yang diberikan penceramah aku guna sebaiknya utk pam susu. Apabila aku ingin masuk ke taklimat semula.. minuman pagi dan kueh yang disediakan telah pon habis.. dalam hati.. "xpela.. asalkan bekalan untuk si anak tidak putus"

Sehingga hari ni juga.. aku telah menolak baik kursus yang ditawarkan yg perlu aku hadiri. satu di penang dan satu di N9. naseb baiklah bos sangat2 memahami. Tapi aku tetap kena berusaha mencari kursus untuk cukupkan 7 hari yang wajib tuh.. so far dah 3 hari.

Baru-baru ni.. selain kejadian aku tertinggal beg pam di rumah akibat kelam kabut sgt (seb baik suami dtg hantar beg masa tu.. kl dia xde.. tak tahu la) .. ada juga kejadian di mana .. malamnye aku terlalu letih sehingga terlupa nak masukkan ice pack dalam peti sejuk beku. Sudahnya pagi tu aku gabra.. bagaimana? macam mana? huhu.. dari jam 8 -5 ptg.. aku ke kedai sebelah opis bg mendapatkan ais ketul. aku beli secara berkala kerana ais ketul tu xtahan lama walaupun aku letak dalam cooloer bag.. dia ttp akan cair.. 

satu ketika yang lain pula.. tatkala susu yang dalam botol pertama dah penuh.. aku tukarkan ke botol kedua.. tetapiiii.. siku nih telah dengan tidak sengaja terlanggar pula botol pertama yang sudah dipenuhi susu tadi.. Ya ALLAH.. aku menanges dalam surau masa tu.. aku hanya dpt selamatkan 1 oz sahaja dr 6 oz. Aku menanges kerana cuak.. susu utk esok tidak cukup.. Entah dari mana semangat dtg.. malam tu.. aku tidak tido awal.. lepas tidorkan anak3.. aku menggapai Autumnz Electric bp dan teruskan mengepam.. aku tido jam 2.30 pagi.. hanya kerana nak pastikan susu untuk si kecil.. mencukupi..

Susah jg kalau baby hanya mahu minum susu fresh sahaja.. ada masa kecemasan2.. stok susu beku la sepatutnya membantu.. tp apakan daya.. Rafeeq tidak mahu. Daripada dia menanges kelaparan.. baikla aku beri apa yang dia mahu

Valve (sejenis alat yg sgt penting dalam bp).. yang aku pakai selama 3 bulan dah haus pon boleh menjadi penyebab masalah besar aku nak bekalkan susu buat anak.. aku order seminggu lebih baru dpt.. selama itu.. aku hanya pakai unimon mezzo manual pam. Bagus jgk pam nih.. cuma.. memakan masa agak lama untuk penuhkan satu botol.

Berbagai2 masalah dihadapi untuk jayakan misi 6 bulan penyusuan secara eksklusif ni. Dan aku pasti.. ibu-ibu lain di luar sana pasti mempunyai pengalaman menempuhi dugaan yang sangat2 besar..

Walau apa pon cabarannya.. sama2 lah kita berusaha memberikan yang terbaik untuk anak3 kita..

3 comments:

eima said...

dah gigih mencuba tp alisha geli ngan nenen aku lepas die ngajuk mama bg botol susu kat die ... sedap lag puting botoi dr nenen mama kot... aku sempat 6 bulan lebih je ...huhu alisha sampai skrg menjerit klu aku sj kaco die letak tgn kat nenen ,....hahhaha

deelira@deeliraz said...

acad pon geli2 kalau aku letak kat nenen manja... padahal dulu 8 bulan duk bergantung jew.. hehe

bunga_rose said...

sama la weh.. eqal pun klu ada pilihan tak nak susu badan, dia prefer susu botol.. malam je terpaksa rela sbb mama malas nk bangun buat susu hiihi