so semalam, setelah perbincangan diadakan dengan doktor dan doktor pon dah terangkan pada aku apa bahayanya kencing manis pada ibu hamil, apa pula kesannya pada anak dalam kandungan.. lalu aku diberikan sejenis pen
Pen yang aku dapat kaler biru. besar gedabak ok pen tu. pastu aku diberikan juga 2 tiub ubat jenis cecair dan 3 batang jarum. SERAM SEJUK.. sbb kena cucuk diri sendiri. bukan sekali.. bukan 2 kali.. tetapi 3 kali sehari bermula hari ini 28 minggu sehingga kandungan 38 minggu.. oh My!!..... 10minggu x 3 cucukan = 300 cucukan wah!!.. pitam sekejap. Doktor suh cucuk kat peha.. kalau x kerana hamil.. kena cucuk kat perut katanya..waduh2...
dah yg membuat aku sedih.. aku tidak boleh berpuasa. sebab sebaik sahaja ubat ni di cucuk.. aku kn makan dalam masa 30 minit.. kalau tidak.. akan menggigil2. aku baru je berpuasa 3 hari.. sedihnya..
Tapi.. aku kena redha kan. Apa pon sebabnye, adalah kerana anak dalam kandungan ini. Aku kena kuat semangat!.. Ya ALLAH.. apa jua dugaanMu pasti ada sebabnya. Aku redha. Kau kuatkanlah semangat ku.. AMIN...
Walau pon aku x blh berpuasa.. tanggungjawab sebagai isteri masih berjalan. dan aku masih bgn awal seawal 430 pagi utk siapkan sahur utk suami. hmm.. sesungguhnya tiada lagi kenikmatan Ramadhan padaku pada tahun ini....
nnt aku akan berkongsi tentang masalah2 kencing manis pada ibu hamil ni lebih lanjut utk di share bersama kawan2...
5 comments:
Dugaan di bulan puasa ye.. sabarlah banyak2. Yang penting ibu & baby tak apa2.
dugaan... sabar k! rebut pahala sediakan makan untuk orang bersahur dan berbuka pulak.. ^____^
oooo Patutlsh entry pagi tadi sedih je... sabar ye zue... tp kencing manis masa pregnant mmg bahaya utk ibu ngan baby...
sbr ye kak..
tertanye jgk kenapa slalu yg pregnant mudah kena kencing manis..
semoga akak dan baby selamat :)
sabar yer ling.. ai paham perasaan u.. tabah okies... ai selalu di cc u klu perlukan teman utk meluahkan or nasihat.. chill
Post a Comment