Betapa bahayanya kencing manis ini jika dibiarkan tanpa di ambil insulin (atas nasihat doktor)
* Air ketuban akan menjadi banyak, bayi akan lemas. Apabila dikesan air ketuban menjadi banyak, bayi akan cuba diselamatkan dengan secepat mungkin melalui kaedah paksaan bersalin atau melalui pembedahan. Kelahiran bayi pra matang akan memberi banyak masalah kepada bayi terutamanya. Paru-paru bayi berkenaan mungkin belum matang sekaligus boleh mendatangkan pelbagai penyakit
* Bayi boleh menjadi lebih besar dari biasa. Apabila bayi besar, kelahiran secara normal adalah mustahil. Bayi besar mempunyai bahu yang lebar. Ini akan menyukarkan sewaktu proses kelahiran dimana bahu bayi boleh tersangkut. Jika proses melahirkan memakan masa terlalu lama.. otak bayi akan mengalami kekurangan oksigen. Ini akan menyebabkan bayi berkenaan mengalami celebral palsy (pertumbuhan terbantut)
* Ibu yang telah mengambil insulin, perlu masuk wad lebih awal dan mesti bersalin pada usia kandungan 38 minggu.. tidak boleh lebih kerana dikhuatiri bayi akan terlebih besar
Jadi, due date asal aku 15hb oktober 2012 dah x boleh pakai.. aku kena masuk wad sehari atau 2 hari lebih awal dan mesti bersalin pada 1hb oktober 2012. Ya ALLAH.. harap2 aku diizinkan bersalin secara normal. Aku dah merasa kaedah ceaseran utk anak pertama dan normal utk anak kedua.. wlwpon sakit.. tp aku prefer bersalin normal..
2 comments:
insyaallah semua nya akan mudah dan selamat ... byk kan berdoa ye dear
bahaya ni...
Post a Comment