sebelum aku mulakan entry aku pada pagi yang indah ini
aku ingin rakamkan ribuan Terima Kasih
pada Kak Izan
kerana sudi mencantikkan blog aku ini
Perhatian dan kerjasama anda amatlah dihargai (ayat org keje gomen ni)
TQ KAK IZAN
Masih berkisar tentang "Family Day" Jabatan yang diadakan baru2 ini
Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan lagi Family Day
antaranya ;
Treasure Hunt (Family)
Lambung Kasih (suami isteri)
Kopek buah kelapa tanpa menggunakan benda tajam (lelaki)
Masukkan benang dalam jarum ( dewasa)
bawak bola pinpong dalam sudu ( kanak2)
Isi air dalam botol (Family)
Pertandingan Mewarna (kanak2 bawah 6 tahun)
yang di boldkan tu..seme kitaorg masuk
kecuali acara kopek buah nyor tu
xdok bakat hehe
ni pic acara Lambung Kasih
sepasang suami isteri akan diberikan sebiji belon kecik yg berisi air
pastu korang kena lambung belon tu kepada pasangan
semakin lama semakin jauh kita dgn pasangan
tgk ni..dah semakin jauh
dan cube tgk kat kaki hubby tu
2-2 anak dia duk kat kaki dia.. duk pujuk
nak kan belon tu..huhu
mencabar betul game ni sbb anak2 sebok nak belon
bkn anak2 aku je..anak org lain pon sama
Yeah..itu dia balingan tepat ke arah isterinya
sayangnyer...isteri x dapat menangkap belon itu
lalu..terjatuh dan pecah
huhu..terkeluar la aku wei..
then hubby masuk acara
masukkan benang dalam jarum
tp xde rezeki nak menang la
sbb ada org main ngelat
pengadil tiup wisel utk mula je
terus ada yang lari sambil bawak benang yg dah masuk dalam jarum
xkan la dalam masa 1 saat je benang tu dah leh masuk..tol x?
huhu x logik2...
then aku plak masuk acara yang sama
malangnyer...malang tidak berbau
aku hanya sempat berada di garisan mula saje
umie nangis dgn sepenuh hati tanpa belas kasihan pada ibunyer
mmg dia x kasi can ibu dia masuk game ni
dia menangis sebab nak belon..huhu. sabo je la
dan aku berjaya carikan dorang 2 biji belon
selepas belon tu pecah..adik plak ngamuk nak belon
sowy ye dik..xde dah
xdapet ibu nak tolong
pic umie masuk acara
bawak bola pinpong dalam sudu
pic ada sekeping je
sbb aku kena tolong dia bawa pinpong tu
xde org nak snap pic ;p
acara mengisi air dalam botol di wakili oleh aku,umie dan ain
hubby dah p mana entah..
pujuk acad yang menangis
pada mulanya aku x nak join game ni
sbb aku tgk bebudak yang masuk seme besar2
tahu je la umie tu besar mana kan
bimbang dia jatuh atau berlaku perlanggaran masa lari2 nnt
tp umie berkeras pujuk aku..so kami join game ni
tugas aku adalah memenuhkan span dgn air di dalam baldi kat belakang
pastu sampai ke tengah, aku pass span tu ke umie
umie pon lariiii
tgk tu..suke nya dia dapat lari2
dia lari sepenuh hati
dalam hati aku ni risau jugak
sbb takut kaki dia tersadong nnt tersembam plak
umie sgt happy main game ni
aku pon gembira tgk dia main
kawan2 plak duk jerit sokong dia
"umie lari.. umie lari.."
habis je main game ni
dia datang kat aku dengan wajah yang ceria
"ibu..seme org cakap umie good"
kawan2 ibu seme cakap umie lari laju..x padan dgn kecik hehe
wlwpon kalah dalam game ni
tp aku sgt2 happy tgk umie
baru aku sedar " anak aku dah semakin besar..."
x sabar nak sekolahkan umie ;)
8 comments:
wei masuk benang dlm jarum secara berdiri ke? mmg nmpk mencabar tu wei.
kalo aku la yg main baling sambut belon tu, mmg aku org 1st terkeluar kot. aku mmg takde bakat langsung dlm menyambut ape2. hehehe
haah secara berdiri. aku nk wat pon terkebil2. tp camne org tu leh lari terus lepas wisel bunyi. sure dorang masukkan siap2 kan? huhu..
hehe.. pulak dah. aku pon dok reti jugak. jarak jauh sket je. aku dah x leh tangkap.
wahhh meriahlah yer..memang best kalau ada aktiviti macam nie kan..seronok sgt..
meriah...meriah ... tp aku tak penah join hari keluarga opis aku ...haha
Perhatian dan kerjasama anda amatlah dihargai (ayat org keje gomen ni)
ok nak komen.. salah ok.. orang gomen tak guna ANDA tapi PIHAK TUAN ahahahaahahh.. ok kuar topik
umie.. mesti ko bangga dgn dia kan zue.. moge dia makin membesar bagai juara ;)
intan inn : hmm betul.seronok sgt. family pon jadi rapat.
eima : lepas ni ko kena join la wei..
bunga : aku akur.. aku salah hehe
umie.. aku sgt bangga kerana menjadi ibu kepada umie nge.. sgt bangga kerana dia TERLALU ISTIMEWA
Post a Comment